Friday, August 21, 2009

Siap Siaga Hati Kita

Alhamduilllah Ramadhan semakin hampir menemui kita. Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan, penganugerahan, keampunan dari Allah swt. Justeru beruntunglah mereka-mereka yang dapat menghayati dan menghidupkan bulan ramadhan dengan sebaik-baiknya.


Segala anugerah Allah dibulan Ramadhan hanya dapat dinikmati oleh mereka yang beramal dan menghayati bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghayati bulan Ramadhan bermula dari hati. Oleh itu hati mestilah bersedia terlebih dahulu untuk menyambut ketibaan ramadhan sebagai permulaan bermulanya kehidupan seorang hamba di bulan Ramadhan.


Hati seorang hamba yang inginkan kejayaan dan kemenangan dibulan Ramadhan hendaklah ada sifat dan perasaan berikut;


1. Gembira. Gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan dan anugerah yang disediakan.


وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار

Maksudnya; Bulan Ramadan ialah bulan di awalya kerahmatan Allah, dipertengahannya keampunan Allah dan akhiirnya pelepasan dari api neraka.


للصائم فرحتان : فرحة عند فطره ، وفرحة عند لقاء ربه

Maksudnya; Orang yang berpuasa mengecapi dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu tuhannya.


إن للجنة بابا يقال له الريان يقال يوم القيامة: أين الصائمون فإذا دخلوا أغلق ذلك الباب"

Maksudnya; Sesungguhnya di Syurga ada pintu bernama Rayyan. Diseru pada hari qiamat, mana orang-orang yang berpuasa? Apabila mereka masuk, pintu tersebut ditutup.



2. Mengharap keampunan Allah kerana bulan Ramadhan adalah bulan keampunan


من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudsudnya; Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.


3. Sabar.


كل عمل ابن آدم يضاعف : الحسنة بعشر أمثالها ، إلى سبع مائة ضعف إلا الصوم , فإنه لي وأنا أجزي به , يدع شهوته وطعامه من أجلي "

Maksudnya; Setiap amalan manusia digandakan hingga sepuluh kali ganda, sehingga tujuh ratus kali ganda melainkan puasa, Allah berkata; ia untukKu dan Aku yang membalasnya kerana ia meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Aku.


4. Tamak dan haloba dalam melakukan ibadah kerana pahala amalan berlipat ganda dan adanya malam lailatul qadar..


التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar di sepuluh yang akhir di bulan Ramadhan.


5. Pemurah dan Pemaaf..


كان النبي رضي الله أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في رمضان

Maksudnya; Nabi adalah manusia yang palih pemurah dan lebih pemurah di bulan Ramadhan.


من فطَّر صائماً كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئاً

Maksudnya; Sesiapa yang memberikan makanan untuk berbuka orang yang puasa, ia akan memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, tidak kurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa.



6. Takut, takut tidak dapat meraih berbagai anugerah tuhan di bulan Ramadhan.

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له

Maksudnya; Rugilah orang yang berada di bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan dari Allah swt.


Thursday, August 20, 2009

Thank You Allah

Thank You Allah (SWT): Did we get a bill from Allah (SWT)?
www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: NJ maniac*
Editor: b_b


A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, "If the cost is too high then we could make some other arrangements for you." The old man replied, "I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!" SubhanAllah!


And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah's favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.
- Noble Qur'an (14:34)




Moral: We rarely thank Allah (SWT) for these things which are indeed great favors. Take a little pause and think for a while about the bounties of Allah Almighty within yourself. May Allah (SWT) grant us the ability to recognize His bounties and thank Him more often.

-Ihsan www.iluvislam.com

Ramadhan: Rawatan Kepada Globalisasi



Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla, dengan izin dan kehendak-Nya, masih lagi kita diberikan waktu dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi-Nya ini. Kita panjatkan rasa syukur kepada Allah, kerana diberikan kesempatan waktu dan marilah sama-sama kita berdoa agar disampaikan kita kepada Ramadhan Al-Mubarak yang tinggal 1 hari sahaja lagi.

Selawat dan salam kepada junjungan yang sangat kita cintai , Nabi Muhammad SAW, Rasul ikutan yang sewajarnya dijadikan contoh ikutan di dalam setiap aspek kehidupan kita. Sekiranya Michael Heart di dalam bukunya The Top 100 Most Influential People In The World meletakkan Muhammad saw sebagai nombor 1, bagaimana pula kita yang menjadi ummat baginda dan berikrar dengan kesaksian itu?

Saya ingin bermula dengan berkongsi sedikit cerita apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. Beberapa hari yang lepas, sedang melakukan tugas di hadapan komputer, saya tertoleh kepada seorang pelajar perubatan di sebelah. Dia sedang asyik dengan komputer di hadapannya. Rupa-rupanya, dia sedang menonton konsert Jepun. Mungkin dia ini home-sick, jadi ingin mengenang kembali keadaan yang wujud di negara Jepun atau paling tidak masyarakat Jepun yang menjadi idolanya.

Apa yang menarik perhatian saya bukanlah konsert itu, tetapi gaya dan juga kandungan kepada konsert itu. Tidak dapat dinafikan bahawa bahana negatif globalisasi turut mencengkam dan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Jepun. Kandungan persembahan itu menjurus kepada percintaan. Bukan sekadar itu, ia juga mengandungi ajakan-ajakan yang tidak senonoh. Malangnya, masyarakat Jepun di dalam konsert tersebut seolah-olah berkhayal dan tidak merasa ada yang tidak kena dengan nyanyi-nyanyian itu.

Begitulah keadaan yang sebenarnya berlaku di seantero dunia. Masyarakat lemas di dalam hiburan, mabuk dengan kesenangan, hanyut dengan material, pekerjaan dan tekanan yang wujud daripadanya. Apa tidaknya, kita lihat sahaja kadar depression yang berlaku di dunia dan digariskan sebagai faktor keempat yang menyumbang kepada Life With Disability di dalam dunia ini.

Ramadhan

Allah SWT menjadikan Islam suatu agama yang sangat sempurna. Kesempurnaan ini dapat terus dibuktikan dari sudut bagaimana Islam menyediakan bulan untuk pendidikan rohani, jasmani dan sistem hidup bagi Muslim. Dalam menghadapi arus globalisasi ini, ummat Islam tidak terkecuali daripada bahana pengaruh dan pemikiran yang menimpa ummat yang lain. Walaubagaimanapun, Allah SWT menyediakan bulan untuk ummat ini kembali kepada fitrah mereka yang mana hanya dengan kembalinya manusia kepada fitrah ini, maka ketenangan akan dapat dicapai.

Ramadhan menyediakan ruang dan peluang kepada Muslim untuk kembali menguatkan hubungan mereka dengan Allah SWT. Bulan ini dihiasi dengan pelbagai ganjaran terhadap setiap amalan yang dilakukan. Tidak hanya itu, Ramadhan juga menjanjikan malam Al-Qadr yang ternyata lebih baik daripada seribu bulan. Ummat juga dikurniakan dengan pelbagai keseronokan seperti keseronokan ketika berbuka puasa, juga keseronokan berjumpa dengan Allah SWT di akhirat kelak.

Subhanallah...

Ramadhan juga memberikan ruang kepada pembaikan dan pertautan sistem sosial ummat Islam, iaitulah sistem silaturrahim. Kita akan dapat lihat masyarakat membanjiri masjid untuk bersolat Isya’ dan bersolat tarawikh bersama. Masyarakat sanggup meluangkan berjam lamanya berdiri di belakang imam bagi mengikuti bacaan Al-Quran di dalam solat. Masyarakat bertukar makanan, bertanya khabar, mengukir senyuman apabila berjumpa untuk berbuka puasa. Inilah suatu kekuatan yang menakjubkan yang tidak dapat dirasakan. Gelombang Ramadhan seolah-olah merobah struktur dan gaya hidup korup sesetengah masyarakat Islam kini. Alhamdulillah.





Tentu sekali gelombang Ramadhan ini tidak akan dapat dirasai bagi orang-orang yang tidak menghargai kehadiran dan kedatangan bulan ini. Cinta kepada Allah dan cinta untuk mengabdikan diri kepadanya tidak akan wujud jika ummat Islam mengambil enteng dan melihatnya hanya seperti bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan juga tidak mungkin akan dapat dimanfaatkan sebaiknya sekiranya ummat ini tidak bersedia dan tidak melakukan persediaan untuknya.

-Ihsan www.duniadeen.com

Ramadhan Karim!!!




Sudah bersawang blog saya ini.Entah mengapa,kesibukan apa yang meliputi diri ini sehari-hari.Padahal,terasa ada saja masa-masa senggang tatkala bersendiri.

Alhamdulillah,bahang Ramadhan mengingatkan saya untuk merajinkan diri,membersihkan sawang-sawang yang ada,sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang dirindui.Blog pun perlu persediaan.

Bagaimana dengan kita,selaku hambaNya?Bersediakah kita menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini?Apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Langkah persediaan ini perlu bermula seawal mungkin sebelum terlambat, kerana kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Namun kita masih mempunyai kesempatan untuk siap siaga menyambut kedatangan bulan barakah,bulan ibadah,bulan kemuliaan.

"Kun fayakun"

Jika Allah menentukan muncul hilal pada petang ini,berpuasalah kita pada esok hari.Jangan gusar....Kita masih berpeluang untuk 'setting' semula jasad kita dengan melaksanakan solat tarawih 1 Ramadhan.InsyaAllah,semoga dengan usaha kita solat tarawih 1 Ramadhan,dapat menjadikan diri taqarrub kepada Allah.

Jom perbaiki Ibadah!!!!