Saturday, November 2, 2013

rasara

di sebalik ikan, bawang, lada, belacan, limau juga beras, dapur tempat menyimpannya.

di sebalik mentah dan bisa membawa musabab musibah kepada perut serta seangkatannya, dapur tempat menawarkannya.

di sebalik dapur serta segala isinya, ada rasa yang tercipta.

rasa penuh nikmat, syukur, lega.

rasa teristimewa.

rasa.

.
....
...


***

kata pokcik, takde lesung, tak ada rasa.
























Friday, November 1, 2013


***

dan begini caranya mengenang Aina Nabila Ahmad. Cuplikan dengan izin.

Musim hujan, musim cuti.

Wednesday, October 30, 2013

Cuci mata

Kawasan lapang yang hijau, nyaman, luas. Selalu jadi tempat perhatian untuk pengantin-pengantin, yang bukan pengantin, untuk ambil gambar. 


Inilah sawah. Bendang kata tuan punya sawah.

Orang yang duduk di bandar, mesti teringin untuk duduk kawasan yang penuh sawah ni. Hijau, nyaman, katanya.
Orang yang duduk di sungai pun rasa yang sama. Senang kata, sesiapa yang rumahnya tak ada petak sawah, mesti suka sampai terlompat-lompat bila jumpa sawah.

Orang yang ada bendang, duduk dekat dengan sawah, macam mana?

Pada mereka, tiada istilah jemu dengan kehidupan di sekeliling. Setiap yang terbentang luas di depan mata, tersedia di sekeliling mereka adalah nikmat terhebat dalam hidup. Pada mereka, ini adalah lebih baik daripada bergelimpangan dalam hiruk pikuk kota.

Sawah, hiburan pada mereka. Deru angin, kocak air, selut dan ikan tawar. Saling melengkapi.

Kita selalu berangan-angan, duduk di tepi sawah yang menghijau, ada burung bangau. Sesekali terbang sekawan burung sambil berkicau. Ikan melompat-lompat di tali air. Indah belaka yang diangankan. Angan terbina berpandukan gambar yang dilihat dan cerita-cerita yang dibaca atau didengar.

Angan sentiasa indah. Cuma perlu diingat, bumi tempat untuk berpijak, langit tempat kita berteduh. Ambil peluang untuk hadapi sendiri keadaan yang diangankan.

Sawah bukan seperti karpet yang luas terbentang. Sawah bukan menghijau sentiasa.

Ada kitaran. Ada perubahan. Di sebalik kitaran dan perubahan, namanya tetap sama.

Sawah, bukan untuk cuci mata sahaja.

Monday, October 21, 2013

P. Ramlee pun boleh...

Carik-carik hai bulu ayam
ayam sabung Dato' Bentara
carik-carik hai bulu ayam
lama-lama bertemu jua.

Begini resam hidup di dunia
ada aturan perlu dijaga
ada perkara perlu diturut
andai berkeras padah merana.

Hai inilah nasib hidup kelana
membawa diri ke mana saja
pergi bersama jasad dan jiwa
cari pedoman sepanjang usia.

Alang-alang mendayung sampan
dayunglah sampai ke hujung kuala
alang-alang cari pedoman
pasak bersama perilakunya.

Hai inilah resam hidup di dunia
ada keringat setiap masa
ada fikiran perlu dihemat
bukan bersenang berlenggang saja.

Carik-carik hai bulu ayam
ayam sabung Dato' Bentara
carik-carik hai bulu ayam
lama-lama bertemu jua.

***

Boleh nyanyi ikut rentak lagu P. Ramlee. Oh, mana-mana yang sesuai pun boleh... =D

Saturday, September 28, 2013

Rindu

Terima kasih Allah atas segala kurnia.
Mereka hebat di hati saya.

Ya Allah, rahmati hidup mereka dengan kasih sayang-Mu.
Moga mereka dikurniakan hati yang tabah dalam menghadapi kehidupan.

Ya Allah, permudahkan urusan-urusan mereka agar tenang hati-hati mereka.
Dengan izin-Mu, dengan kekuatan-Mu, dengan ilmu-Mu.

Hanya kepada-Mu...

Missing you...

Thursday, September 26, 2013

A lesson for today



Nilai hari ini; 

Askar tak akan dapat buat kerja secara teratur tanpa ketua.
 

Kalau kita lihat kehidupan seorang askar, teratur, tersusun, penuh disiplin. Semua ni terjadi hasil latihan yang tekun, setiap hari tanpa henti. Macam mana boleh tekun? Sebab adanya seorang ketua yang memimpin dengan penuh dedikasi.

Cuba kita tengok sekeliling. Ada macam-macam keadaan. Ada keadaan yang boleh selesai sendiri. Ada keadaan yang libatkan ramai orang. Dan keadaan yang libatkan ramai orang ni, mesti ada ketua. Kenapa? Tu sunnah sebenarnya. Kalau difikirkan balik, ketua memang perlu untuk pastikan keadaan tu teratur. Ikut perancangan, tersusun. Hasilnya berkualiti. Banyak orang, banyak ragam. Bila ada seorang yang dapat mengatur, kerja akan jadi lebih tersusun. Macam askar.

Baiklah, penting sebenarnya mendengar kata ni. Ada manfaat yang tersembunyi. Kata orang tua-tua, tulah kalau tak dengar kata orang yang lebih tua atau lebih sikit daripada kita. Ikut kepala, semuanya memang mudah. Bila dah terkena, tengadah. Sampai bila nak bersakit-sakit dulu baru sedar tentang hakikatnya dengar kata?


Dan janji haruslah ditepati.


Masa cakap-cakap tentang program yang dah pun lepas, ada seorang junior kongsi,

beruntung siapa yang sedar kelemahan, rugi siapa yang tak nampak kelebihan.

Jadi sampai bila nak terus salah menyalah, sama ada kepada diri sendiri atau orang lain. Sudah-sudahlah. Hidup di dunia ni tak lama. Hargai orang disekeliling, apatah lagi yang rapat dengan kita. Ada hak yang perlu ditunaikan.


Hidup biar bererti. Sampai mati.

Sunday, September 15, 2013

mulut.pulut.

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, perut aku sakit.. Perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah. Makan nasi mentah.

Okay, lagu zaman kanak-kanak yang masih teguh zaman berzaman. 

Ada mesej tersembunyi di sebalik lagu ni. Eh, macam Freemason pulak ye.
Hati-hati, setiap tindak tanduk mungkin membawa kepada perbuatan menyokong Freemason.
Jadilah Muslim mukmin.

Baiklah, kita cakap pulak tentang lagu kanak-kanak yang penuh aksi dan emosi ni.

Hidup di dunia, sentiasa berteman. Dengan manusia, pokok, batu, kucing. Senang kata, bukan duduk sendirian. 
Jadi sebagai makhluk yang bernama manusia, ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Terutamanya...

Mulut.
Otak.
Perangai.
Mulut.
Otak.

Berhati-hati semasa bercakap. Fikir sebelum bercakap atau buat sesuatu perkara.

Akal dulu baru perasaan.

[]

Hidup di dunia biar bererti.

 

Terima kasih!!!