Wednesday, July 8, 2009

Medicine; A Reflection

Medicine; A Reflection (how important to not only have the basic sciences in your hands)
www.edu.iluvislam.com
by Nur 'Aqilah Mohd Hodori

Dalam kesibukan persediaan untuk peperiksaan minggu hadapan, sempat pula saya menulis ye? Mungkin kerana setelah mengulangkaji beberapa module (terutamanya module-module berkenaan Health Pshychology dan Health and Diseases in the Society) terpanggil saya untuk berkongsi ‘reflection’ dan pandangan peribadi saya tentang jurusan saya ini.



Jurusan perubatan seringkali dikaitkan dengan ‘belajar bagai nak gila’, ‘susah’ dan ‘orang kaki buku je boleh amek Medic nih’. Tidak saya nafikan bahawa jurusan perubatan (sebagaimana jurusan lain juga) memerlukan komitmen yang tinggi dari segi pembacaan dan pembelajaran conventional, namun jurusan ini tidaklah pada pandangan saya sesusah jurusan Fizik atau kejuruteraan.

Seperti kata professor saya semasa ucapannya dalam ‘Introweek’ hamper 2 tahun yang lalu, jurusan perubatan ini secara kasarnya tampak sukar kerana jumlah fakta dan ilmu yang perlu dikhadam dan diingat terlalu banyak, bukanlah kerana ianya sekompleks jurusan lain yang memerlukan pengiraan kompleks dan sukar (saya memang amat lemah dalam bab kira-mengira kompleks ini). Pada mulanya saya juga amat ‘sceptical’ dengan kata-kata professor tersebut kerana sudah biasa disogokkan dengan mind-set bahawa perubatan ini susah dan mencabar.

Namun, setelah hampir 2 tahun menuntut, kini saya faham dan akui kebenaran kata-kata professor tersebut. Tidaklah sukar mana fungsi 12 Cranial Nerves andai kita benar-benar faham dan ingat peranan mereka. Jika seseorang itu mempunyai minat yang tinggi, dengan izin Allah ianya bukanlah sesuatu yang sukar namun secara peribadi, it is a journey in knowing and realizing Allah’s mercy and power.

Saya berikan satu contoh. Di dalam telinga kita, ada dua muscle yang mengawal vibration tympanic membrane (lay term: eardrum). Jika kita diexpose kepada bunyi yang kuat, the two muscles will constrict to prevent excessive vibration (which if they don’t will of course could damage the ear drum). One of the muscle, the Tensor Tympani is innervated by the Facial Nerve (Cranial Nerve V) while the other, Stapedius, is innervated by the nerve to Stapediue (Cranial Nerve VII).

Sudah peningkah? Tarik nafas. InsyaAllah ini bukanlah apa-apa yang kompleks.

Just take it as the 2 muslces which do the same function is innervated by different nerves. Apa implikasinya? Well, di sinilah saya dapat lihat kasih saying Allah. Facial Nerve ini sebenarnya mudah ‘tercedera’. Bayangkan jika kedua-dua muscle tersebut hanya mendapat supply dari Facial Nerve, nescaya pekaklah sesiapa yang mempunyai infection. Namun Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi, one of the muscles is innervated by another muscle and if one muscle in weak, there is another muscle that can compensate. (untuk mendapatkan maklumat lebih tepat, sila rujuk online ya.)

Oh panjang pula saya berceloteh, tak sentuh lagi point utama yang saya mahu kongsikan.

As a conclusion on what I have written up till now, Medicine is challenging, but it is not difficult. If you are interested and you pray and work hard, insyaAllah it is a worthwhile journey.

Saya kira di tanah air, Medicine is associated with students who are excellent in their studies. Saya akui ianya penting namun pandangan peribadi saya, mereka yang tidak berminat dengan human relationship (bukan relationship lelaki-perempuan ya. Hubungan antara manusia in general maksud saya) tidak akan menjadi doktor yang baik.

Mungkin mereka akan menjadi doktor yang hebat, mengemukakan teori-teori hebat. Namun mereka akan mendapati kesukaran dalam cara mereka bergaul dengan pesakit, menenangkan pesakit, mengingatkan pesakit kepada ujian Yang Maha Esa dan lain-lain.




Medicine is not only about the hardcore science. It is about our art in dealing with people as well.

Sebagai contoh, dalam satu module yang saya pelajari, banyak respons dari pesakit yang mengatakan bahawa mereka rasa lebih elok apabila doktor melayan mereka dengan baik, mahu mendengar concern mereka dan lain-lain. Ingat, untuk pesakit membuat keputusan untuk melangkahkan kaki ke klinik, pesakit tersebut telah melalui banyak proses pertimbangan. For them it is a very big issue to consult a doctor on a lump that they found on the neck.

Bayangkan jika doktor yang mereka jumpa bagai acuh tak acuh terhadap concern mereka (mungkin dalam pemikiran mereka, they’re greatest fear: adakah ini cancer?). Sudah tentu mereka tidak akan berada dalam emotional setting yang baik dan ini mungkin akan mempengaruhi healing process pesakit tersebut.

Di Barat, mereka amat pentingkan hubungan dengan pesakit dan keselesaan pesakit walaupun mereka tidak percaya bahawa it will make any difference (scientifically) in the healing process (they have conducted studies on this). Untuk kita yang berpegang kepada agama Allah, yang mana kita tahu kesihatan itu bukanlah hanya fizikal tetapi juga kesihatan rohani, emosi dan jasmani, sudah tentu kita patut lebih appreciate dan praktikkan menjaga hubungan dengan pesakit ini.

Saya tidak pasti bagaimana scenario di Malaysia. Namun pengalaman saya bukanlah pengalaman yang manis. Terkilan saya akan sikap seorang doktor di Malaysia yang bertanyakan soalah (taking history) dengan cara acuh tak acuh, tidak sensitif akan concerns and fears pesakit dan tidak menjaga confidentiality pesakit. Obviously the said doctor knew her stuff because I can tell from her questioning what differential diagnosis she has in mind, tapi communication skills yang dipamerkan amatlah mengecewakan.

Bayangkan jika pesakitnya bukan orang Islam. Adakah itu satu contoh dakwah yang baik?

(O Prophet), it was thanks to Allah's mercy that you were gentle to them. Had you been rough, hard-hearted, they would surely have scattered away from you (3:159)

Fikir-fikirkanlah.

Of course, apa-apa yang telah saya tulis up till now hanyalah pandangan peribadi saya. Banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, apatah lagi saya masih menuntut dan belum lagi menjadi seorang doktor.

Namun begitu saya benar-benar merasakan jika kita mahu menjadi seorang doktor, intelektualiti itu penting namun ia perlu disusuli dengan peribadi halus dan communication skills yang baik.

Untuk mereka yang bakal menjadi doktor (sebenarnya tidak kira siapa) seperti saya, marilah kita sama-sama memperbaiki akhlak, memperbetulkan niat dan develop our communication skills. We might become a good doctor if we know our stuff (the basic science) but we’ll be an excellent doctor in which insyaAllah Allah will be pleased with us if we know our stuff and also have a good conduct.

Wallahu’alam

Apa-apa yang telah ditulis hanyalah pandangan peribadi penulis. No patients or animals are harmed in the making of this article.


-Thanks kak Aqil....
-Artikel ini menyebabkan hatiku meronta-ronta..
-Buih-buih pengharapan berlalu...

No comments: