Monday, September 19, 2011

Setulus Dian


Antara kenangan yang paling kurindu,
Saat-saatku bersamamu,
Kita sama berlari,
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu

Daerah ini menjadi saksi bisu,

Jatuh dan bangunku denganmu,
Kita redah bersama,
Segala cerita suka dan duka

Manisnya hari-hari yang ditempuh,

Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetapi kita lalui,
Menguatkan langkah kaki

Ada kala kita hampa,

Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita

Dan ada masa-masanya,

Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita

Di sini mimpi bermula,

Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah....
 

1 comment:

himmatulinsan said...

ehem3..
diwaktu senja beburung meningkah ,
terbang menghinggap didahan mangga,
hidup ini sungguh indah,
tika bersama suka dan duka.

itik menari ditengah kolam,
ayam berkokok diberi makan,
terkenag pada peristiwa silam,
segala silap harap dimaafkan.

^__^'