Friday, November 25, 2011

Duhai Kitabullah

Duhai Kitabullah,
maafkan aku,

kerana aku melupakanmu,
kerana aku tidak mengendahkanmu,
kerana aku tiada membacamu,
kerana aku tiada memahamimu,
kerana aku tiada mengajarkanmu;

kepada anakku
kepada isteriku
kepada orang tuaku
kepada tetanggaku
kepada teman-temanku
kepada DIRIKU sendiri

Duhai Kitabullah,

Betapa diriku MALU
kepada diriku sendiri
jikalau diriku tiada mampu
mengajarkanmu
kepada anakku sendiri;
betapa malu aku hidup
dalam rangkak
betapa aku malu hidup
dalam bongkak
betapa aku malu asyik berharap
menghantar anakku mengajimu
sedang aku, ayahnya tidak pernah tahu
baca,
faham,
amal.

Mataku tidak buta
tetapi hatiku buta.
Tidak pernah terlintas diriku
mencari guru

malah aku tetap terus SOMBONG
dengan terus membiaya pengajian anakku
ke madrasah hafaz kitab
agar hafazannya bisa
memberiku syafaat
di hari pembalasan kelak.
Betapa itu hajatku,
Tidakkah Tuhan bisa tahu
akan niat yang mampir
berlagu di Qalbuku?
- Djiwajikara