Sunday, April 15, 2012

Buat Kamu, Insan.

video

2 comments:

Anonymous said...

merayulah dengan Allah..kita tak akan rasa malu..
tapi jika kita merayu dengan manusia..
mungkin kita akan dimalukan...
dari Allah kita datang..kepada Allah kita kembali...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt.
Apa jua takdir yang menimpa pada diri kita semua telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum kita dilahirkan lagi. Oleh itu, janganlah kita khuatir sebaliknya kita memohon kepada Allah SWT supay memudahkan perjalanan takdir tersebut. Surah AlHadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَ‌أَهَا Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.

Walaupun takdir telah ditetapkan, namun Allah SWT telah memberi manusia pemilihan dlm menentukan keputusan. Surah AlBalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Terpulanglah pada cara kita menanganinya. InsyaAllah jika kita hidup berpandukan AlQuran, telah siap menyediakan apa keputusan yang patut kita buat disamping memohon pertolongan kepada Allah SWT . Tidakkah Allah SWT lebih hampir daripada diri kita sendiri? Surah AlQaf:16 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِ‌يدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Siapakah yang dapat menolong dan memperkenankan permintaan kita selain dari Allah SWT? SEjauh manakah kita telah menyahut seruanNya? Surah AlBaqarah:186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِ‌يبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْ‌شُدُونَ an apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Wallahualam