Wednesday, April 18, 2012

Gurindam Mohon Jasa


Pabila utusan memohon jasa

Khabar disapa, molekkan bahasa

Masakan terkikis ukhuwah saudara
lara terhapus kasihpun membara

Pabila yang dinilai itu kurang
jangan dirungut berulang-ulang

Takkan pandai sekali mendatang
banyakkan bertanya bukan mengurang

Setelah dinilai sesungguh hati
Jasa tak terbalas emas sepeti

Tidakkan harta dibawa mati
yang kekal berharga budi pekerti

Al-Kurauwi
(Buat adik-adik MPR 2012)


..............................................................................
Terpana. Indah gurindam ini, indah lagi maksud disebaliknya.Terima kasih Ustaz. 

Dedikasi kedua selepas hasil karya Amirul Mohamed. [oh, ini ditujukan kepada semua yang terlibat ya. bukan saya saja.] 
Sungguh, saya amat menghargai segala-galanya. Namun rasa bersalah menyelubungi.
Benarlah kata Kak Salina, "Cabaran sebenar adalah apabila kamu semua keluar daripada perkampungan ini." 
Hingga kini, saya masih hibernasi, padahal musim bunga mulai tiba. Kudup-kudup bunga tersipu-tersipu menjengah dunia bersama warna yang ceria. Indah. 

Di sini, hanya mendung, kadangkala renyai-renyai, merencat pertumbuhan.
"Ah, alasan lagi." 

Bungkam.

........................................................................................................................
 
Gembira. 
Hampir semua buku hasil tulisan Ustaz Azman telah saya miliki. Syukur.
Jika berpeluang, saya ingin memaparkan koleksi Ustaz Azman yang berada di kutubkhanah. 
Tunggu ya!

No comments: