Friday, April 13, 2012

Malam Ini

Alam begitu romantis. Kejora melatari langit malam, indah. Berjujuk-jujuk melakar bentuk. Melukis harapan esok.
Seperti ada melodi romantis yang cuba mendodoi diri saat mata mulai kantuk.
Oh, bukan alam sahaja. Malah di sekeliling juga berlagu rindu. Asyik. Melilit rasa diri, ingin jua mencicip rindu mereka. Hubb huna!

...............................................................................................


Beberapa status FB yang terkena kail rindu ini. Ah, sekadar berkongsi rasa saat malam begini. Sesekali, tak mengapa, kan?

  • Akh Hilal Asyraf
Nama yang mula dikenali. Ya, penulisannya, pemikirannya. Orangnya. Susuk ini sedang melalui fasa-fasa manis. Tempias rindunya memercik ke laman hidupku. Aha. 

Diri ini kena terima,
Yang kadangkala dia juga diuji dengan rindu.

Dan diri ini kena belajar,
dia luah ikut mana pun rindu itu, tetap tidak rindu itu hilang dari kalbu.

Kerana rindunya disebabkan keperluan,
bukan semata kerana rasa yang kekosongan.
----------------
Bertahan diri!
Bertahan hati!
  •  Kak Siti Norhadimah
Kenalan FB yang baik budi. Ada bayu rindu rupanya di tasik hati.
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut ghairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

:: Rindu itu anugerah Allah, Rinduku pada dia yg menyintai Allah ::
Pelik pula saat membicarakan soal ini. Tapi, ini fitrah, kan?
Hati dan rohani, sangat rindu saat bersama Sang Pencipta. 
Rindu yang tak tertahan.

Rindu itu, ubatnya sukar.
Jika bercinta, perlu ditemukan. Jika rindu, bagaimana pula?
Berhati-hati memandu perasaan kerna jalan yang dilalui penuh lekuk-lekuk dan terkadang tajam melukakan.
Akhirnya, meminjam status Akh Hilal Asyraf:
Kekuatan itu,
ada dalam tangan,
yang jiwa pemiliknya,
berhubung dengan Tuhan.
------------------
Kerana Tuhan yang menciptakan kekuatan.
^^
Ini juga salah satu cara mengubat rindu. 
Pilihan di tangan sendiri.
"Tuhan jua Pemilik tiap-tiap jiwa."
 
 

1 comment:

Anonymous said...

like2...
Tuhan juga pemilik jiwa kita..
bukan insan yang belum tentu lagi milik kita...