Tuesday, May 29, 2012

Bahagia


Padi nan menguning
membuah cinta dan rasa
kalbu sang petani
bahagia.

____________________________________________________

Jarak paling jauh antara kamu dan dia adalah saat dia di sebelahmu tapi dia bukan milikmu,
dan jarak itu hanya akan jadi dekat setelah dia menjadi yang halal buatmu.

*Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya - (petikan dari maksud hadis, tertulis pada poster yang tertampal di masjid UKM)*


Ini dikopiteh daripada FB Abang Shukri Mohd Ali


Tahniah Adik Nur Farhana Ibrahim, sudah bertukar status. Barakallahukuma.
Nampaknya rakan-rakannya yang lain pun turut teruja. 
Iyalah, perkahwinan, kata orang, indah. 
Wallahua'lam, saya belum di dalamnya. *eceh*




3 comments:

Anonymous said...

saat paling pedih bila kita dah lama menyimpan perasaan kat seseorang, tapi akhirnya kita sedar bahawa dia bukan milik kita..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ya, begitu juga bahawa sebenarnya Allah SWT lebih rapat pada leher kita sendiri. Surah Qaf:16 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِ‌يدِ an demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
Begitui juga ketika malaikat maut mencabut ruh kita, bahawa Allah SWT lebih hampir dan menyaksikan peristiwa itu cuma kita tidak nampak!. Surah AlWaqiaah:83-85 فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ ﴿٨٣﴾ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُ‌ونَ ﴿٨٤﴾ وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُ‌ونَ
Wallahualam

Najwa Najihah said...

anon, tiada apa milik kita. ubati kepedihan itu dgn meminta ketenangan kpd Pemilik Segala-galanya. itu yg perlu, sgt2 perlu. perasaan itu, abstrak dan pedih. sungguh.

tajnur, Allah sgt dekat. begitu hampir. Al-Quran jua sumber peringatan.