Monday, August 27, 2012

Ingin Kembali Terbang


INGIN KEMBALI TERBANG

rinduku penuh
kepada setiap aksara
sering tertinggal
dalam gumpalan rasa
berikan aku sayap kata
juga tenang angin
moga setiap rindu lalu
mampu kutuliskan kembali.

Chukai, Darul Iman
15 Jun 2012.
 
-------------------------------------------------------------------------
 
Rasa itu bak cemara....

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kalaulah dinamakan burung, walaupun patah sayapnya jika sudah baik akan terbang jua! Begitu juga dgn manusia, secara fitrahnya perlu berinteraksi dan bermuamalah dgn Allah SWT dan manusia diantara satu sama lain . Surah AliImran:112 ضُرِ‌بَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.
Cuma sanya burung2 terbang secara bersaf2 ada mengikut aturan solatnya dan cara bertasbih tersendiri memuji Allah SWT. Surah AnNur:14 أَلَمْ تَرَ‌ أَنَّ اللَّـهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَالطَّيْرُ‌ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya;
Secara analoginya, manusia pun sepatutnya sebegitu walaupun berkisar mengenai penghidupan manusia tetapi tetap menyentuh keesaan Allah SWT dan menurut garis2 keteapan Allah SWT.
Semoga penulisan ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita sebagai saudara seIslam. Wallahualam

Najwa Najihah said...

waalaikumussalam.

manusia jika patah hati, merana diri. burung, sekurang-kurangnya, masih mampu hidup walaupun kurang upaya.

sudah nyata panduan yang Allah berikan. Syukur punya teman seperti kamu. Sudi-sudikan menitip pesan berterusan ya. Barakallahu fik.