Tuesday, September 11, 2012

Adik sayang, selamat-selamat.

Pesanan untuk anak-anak yang akan mengambil Peperiksaan UPSR.

Miliki redha ibu bapa. Caranya amat mudah. 

Jagalah hati ibu bapa.

Belajar bersungguh-sungguh itu sunnatullah untuk berjaya. Namun apa yang disimpan di dalam otak tidak semestinya mampu dikeluarkan ketika peperiksaan.

Ketika ibu bapa redha, Allah pasti akan redha. InshaAllah dimudahkan Allah ketika menjawab peperiksaan. Di masukkan cahaya terus ke dalam jiwa.

Maka jagalah sentiasa hati ibu bapa. 

Juga berusaha kerana berusaha adalah syariat yakni sunnatullah yang perlu dijalankan.

Kerja itu harus diiringi dengan redha.

****

Untuk saudara yang lain, saya belajar dan perhatikan tentang anak yang bagaimana disukai ibu bapa.

Ternyata bukan anak yang selalu beri duit atau selalu pulang menziarahi ibu bapa tetapi ternyata anak yang sentiasa membahagiakan yakni menjaga hati ibu bapa.

Seandainya beri duit setiap bulan atau selalu pulang menziarahi ibu bapa namun sering menyakiti hati ibu bapa, dia tetap anak yang tidak dapat membahagiakan hati ibu bapa.

Kuncinya… 

Redha ibu bapa. 

Lalu pasti miliki redha Allah.

Untuk memilikinya, senangkan hati ibu bapa. Bahagiakan mereka. Simpan ketidakpuasan hati terhadap ibu bapa. Mereka ibu bapa dan kita ini sekadar anak mereka sahaja.

Jika tidak tertahan ketidakpuasan hati itu…. 

MENGAPA TIDAK CAKAPKAN SAHAJA DENGAN ALLAH? 

Bukankah Allah lebih mengerti? Malah Allah yang memegang setiap jiwa kita. 

Berlatihlah agar mampu sentiasa berkomunikasi dengan Allah.

Fuad Latip
9 September 2012

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Manusia kini tidaklah sehebat orang2 dahulu boleh menghafal dan mengingat dgn baik biar berapa banyak sekalipun ilmu yang dipelajari. Namun Rasulullah saw menganjurkan supaya kita mengikat sesuatu ilmu itu dgn penulisan. Qaiidul ilma bilkitaabihi. Wallahualam.