Monday, October 22, 2012

Sekejap.

Pagi disambut hujan. Renyai-renyai. Cuaca terasa hangat dalam dingin kala mentari mula tersenyum-senyum malu memancarkan sinar. Cerah semula.

Petang. Tak selalunya milik mentari. Hujan mula bertamu; sedikit demi sedikit, melebat lalu mula memenuhi ruang jalan, sistem perparitan yang kurang penyelenggaraan.

Mentari ternyata masih mahu menjengah. Bawa pesona. Kicau-kicau burung memenuhi ruang alam.

Petang itu, akal dan fikirku bersatu. Bersama rasa dan jiwa. Allahu Allah.

Mata menatap penuh langit dari balik jendela. Tenang dan mahabbah bertunas subur dalam hati.  Membibitkan rasa kehambaan. Mengetuk rasa syukur di dalam diri.




Petang tadi, indahnya mempesona. Entah mengapa, camar serta unggas menjadi latar utama. Langit tenang. Lukisan alam tak seperti sebelum ini. Hujan kali ini melakar rona bahagia setelah reda.


Mujur kamera kehabisan bateri, kalau tidak hingga ke senja di luar. =D 


Malam turut membibit cinta. Serasa-rasa ingin merebahkan badan di kaki langit. Merelakan dingin malam menembusi tiap urat, salur darah untuk diserap ke dalam diri, sanubari.

Bulan sabit, bintang dan jalur putih berhampiran bulan. Oh bulan, izinkanku duduk di separuh bulatan itu. (dah macam cerita sang arnab dan bulan pulak...)




Syukur, Alhamdulillah. 

Walaupun tidak diizinkan untuk menggunakan kamera sendiri bagi merakam setiap detik indah, sekurang-kurangnya masih diberi ilham untuk menyusun aksara. Walaupun sudah menjengah hari baharu.

Hidup adalah peluang. Setiap yang berlaku sama ada baik atau sebaliknya, adalah peluang. Apa yang ada disekeliling juga adalah peluang.

Peluang dan harapan. 

Sabar atau kecewa hampa.

Manusia berhak memilih arah hidup serta mengatur gerak langkah mengikut kemahuannya. Sama ada mahu berpandu manual guide atau semberono. Yang pasti, semuanya memerlukan usaha.

Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya, malah lebih dekat daripada urat nadi yang terdapat dalam sistem tubuh badan.
 ---------------------------------------------------------------------

Entri ni terlewat. Lambat proses. 

#Selagi masih punya nyawa dan kesempatan, belum terlewat untuk apa-apa pun. Yeah!

1 comment:

Syed al-Watan said...

Gaya penulisan yang sangat indah!

Moga menjadi motivasi kepada kita untuk memperbaiki penggunaan bahasa kita seharian. Ameen.