Tuesday, November 6, 2012

Balada Nusantara

Laut membiru bukan pemisah
Hasrat hatiku bukan rahsia
Seloka pantun khazanah kita
Maksud terkandung susah dibaca

Jangan dipagar nyiur yang condong
Buahnya jatuh ke laman orang
Bumi dipijak langit dijunjung
Tegak berdiri bukannya lalang

Berinduk bak ayam
Rumpun bak serai
Junjung bak sirih
Itulah kita di nusantara

Ombak menyusul nyiur melambai
Laut tak putus dilanda badai
Bisikan salam bisikan pesan
Orang di sana dalam ingatan



------------------------------

Lagu lama. Sheqal penyanyinya.

#Dengar dan senyum. Simpul.
 
Mencari-cari lagu terkini yang mampu menambat hati. Mana?


ii.

Ketuk-ketuk hati, minda, jiwa. ehem!

Cuti mula menjengah.


III

Gitar. 
Goreng gitar. 

Ni laman untuk goreng gitar. Khusus kepada peminat gitar, untuk lagu di atas

Sekian.
  

2 comments:

Anonymous said...

goreng-goreng jugak..

kuali kena panas..minyak kena cukup..^^

Najwa Najihah said...

pakej goreng pelbagai. boleh pilih yang mana berkenan. =D