Thursday, November 22, 2012

Pejam Celik

Sudah hampir 1/3 Muharam 1434 Hijrah. Masa berlalu begitu pantas. Pejam, celik, bangun, tidur, makan, rutin sehari-hari, menjadikan segalanya terasa pantas. 

Atau mungkin masa cuti, jarang melihat kalendar dan tarikh, menjadikan diri tak sedar masa berlalu?

1/3 Muharam menghampiri, November juga kian melabuhkan tirainya. Disember tak sabar untuk bertandang. Wajar kiranya mengambil sedikit masa untuk koreksi diri, merenung apakah 1/3 Muharam ini sudah terisi dengan perkara bermanfaat atau sebenarnya masih di takuk lama?

Sedikit perkongsian daripada Ustaz Khusyri Amiza, berkenaan hijrah.

H - Hijrah - berpindah dan berubah kepada yang baik dan lebih baik, istiqamah

I - Iman & Ilmu - tingkatkan 'mujahadah' supaya ilmu dan iman meningkat

J - Jiwa - bangunkan jiwa dalam setiap perbuatan, bersungguh-sungguh (itqan)

R - Rasa - pandu rasa supaya syariat selalu menjadi lebih utama daripadanya

A - Amal & Akal - perkasa amal dalam fikir dan zikir, amal itu bekal jenazah

H - Hati - Proaktif, fikir khatimah sesuatu yang ingin dilakukan, selalu awasi niat.

Sejujurnya, bukan mudah untuk istiqamah atau berterusan dalam usaha memperbaiki diri. Sikap, feel, kata-kata, tabiat, semuanya memerlukan latihan dalam usaha membentuk akhlak mahmudah.

"Siapa nak akhlak mazmumah, sila angkat tangan!"

Sebagai seorang manusia, insan, secara fitrahnya inginkan sesuatu yang baik. 

Oh, masih belum terlambat.

Cuba dengar nadi di tangan. Berdenyut? 

Nyata Allah masih sayang dan beri peluang untuk perbaiki diri, dalam apa jua keadaan dan situasi. Selagi punya waktu, hargai sebaiknya.

ii.



Saya suka gambar ni. 
Sayangnya, pecah. 
Tak apalah, nak kongsi juga. 

^_^

No comments: