Friday, December 28, 2012

15 Safar 1434 Hijri

Tadi, 15 Safar 1434 Hijri.

Malam 16 Safar 1434 Hijri tak akan pernah sama dengan malam 11 Safar.

11 Safar, malamnya indah, terang bulan penuh bintang. Cuaca nyaman. Syukur.

Malam ini cuaca tetap nyaman meski bulan kelam tiada bintang bersinar. Syukur.

Namun bermula malam ini, suasana memang tidak akan pernah sama. Pasti.

 -Jeda-

Selamat menempuh alam baru sayang. 
Hanya ucap rindu dari kejauhan mampu kuberikan.

Salam kasih.

ii.

Jumaat terakhir. Suka atau duka?

Bro Joe gembira, bakal menjadi bapa.

Doanya untuk semua agar Jumaat terakhir ini menjadi Jumaat yang bermakna bersama insan tersayang.

Di hujung waktu ini, molek kiranya melapangkan masa bersama penyejuk mata dan hati. Sementara masih ada.... waktu dan kesempatan. Sebelum melelapkan mata pada malam ini. Siapa boleh jamin esok masih ada untuknya?

Ayuh bersegera bersama insan tersayang.

No comments: