Tahu tak apa itu metabolisme?
metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh
untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Salah satu punca sukar
untuk mengurangkan berat badan adalah kerana mempunyai tahap metabolisme
badan yang rendah. Metabolisme rendah menyebabkan tahap pembakaran
kalori menjadi lebih perlahan, namun ia boleh berubah dan ditingkatkan.
Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan
metabolisme dan mengekalkan tahap kecerdasan badan kita:
1. Air putih
Kadar
metabolisme setiap individu tidak sama, ia bergantung kepada jumlah
otot dan lemak di dalam tubuh. Kandungan air yang mencukupi dalam badan
akan membantu proses metabolisme berjalan dengan baik. Amalan minum 8
gelas air putih setiap hari akan membantu tubuh untuk berfungsi pada
tahap yang optimum.
2. Kalsium
Kekurangan
kalsium di dalam badan akan menyebabkan badan berpaut dengan lemak yang
sebenarnya boleh dibakar. Kalsium bukan sahaja boleh didapati daripada
susu rendah lemak malah ia boleh diperolehi daripada keju, dadih, ikan
salmon, taufu dan oat.
3. Snek
Apabila
perut kita sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan
'minyak'. Makan snek dengan kerap secara sedikit demi sedikit akan dapat
membantu masalah ini. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun
dan kita mungkin akan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Seeloknya pilih snek yang mempunyai kandungan fiber dan kandungan
protien yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau
dadih.
4. Makanan pedas
Tisu
otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan
fungsinya berbanding dengan lemak. Jika kita mempunyai banyak tisu otot,
kita akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding
dengan individu yang mempunyai banyak lemak. Makan makanan pedas bukan
sahaja membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama. Malah, kandungan
capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas
kita memakannya.
5. Teh hijau atau teh oolong
Teh
hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan
kadar metabolisme. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kita minum
setiap hari dengan teh hijau atau teh oolong. Seelok-eloknya minum 4
atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
6. Limau bali
2 comments:
ada orang nak diet ke ni??
(*_*)
hahaha..
diet? bukanlah. pemakanan sihat. amalkan diet seimbang. ^_^
tersebut diet pula. haha.....
Post a Comment