Monday, December 3, 2012

Si Kuning.

-Minggu pertama Disember-

Dingin, nyaman, kadang terik mengeringkan. Kerapkali rintik membasahi bumi. Sesekali sungai tak tertahan menampung, melimpah air membanjiri kawasan sekitar. Seputarnya, demikian juga suasana hujung tahun, cuma mungkin sedikit berbeza mengikut geografi masing-masing.

Perbezaan ada di mana-mana, sama ada secara geografi, anatomi, dan segala macam '..i' lagi. Cuba pergi ke laman rumah dan tengok pokok bunga yang ada. Berbeza bukan? Orkid, walaupun sama spesis, tapi ada pelbagai jenis daun, bentuk apatah lagi warna. Kepelbagaian ini menimbulkan harmoni dan menceriakan. 

Perbezaan untuk saling melengkapi dan memenuhi. 

Raja Buah. Rupa, semuanya seakan-akan. Kalau dilonggok setempat, serupa dari segi tekstur dan bau. Rasa? Pasti berbeza.

Ada durian landak, durian tembaga, durian pahit, durian kahwin, durian 101 [ni moden sikit], D24 dan macam-macam lagi. Tak terkata.

Macam mana nak kenal?

Hanya jauhari mengenal manikam. :D

Semestinya yang jual durian atau pemilik dusun durian, kenal jenis-jenis durian. Juga kaki makan durian.

Hujung tahun, sentiasa hujan, buah-buahan pun turut sama lebat. Durian berlonggok-longgok, rambutan memerah dan menguning di dahan-dahan pokok. Menggiurkan. Rahmat Allah. Ya, ini adalah 1% daripada 100% rahmat yang Allah berikan di dunia. Baru 1%, kalau 99%?

Baiklah, cerita pokok. Beruntung sesiapa yang ada pokok durian atau rambutan. Boleh petik dan kutip sendiri je. Kepada sesiapa yang tak ada, perlu menuai di tepi-tepi jalan ye.

Kenapa durian? Bukan untuk durian crepe yang semakin popular tu. Tapi durian ni, memang berbeza antara yang telah diproses a.k.a moden dengan durian kampung.

Pendapat sendiri, durian kampung sangat menggiurkan. Ada rasa yang umph, sesedap rasa. Ketebalan yang munasabah dan akhirnya berbiji-biji akan dikopek untuk dijamah isinya.

Durian moden? Maaflah, bukan selera saya. Menyesal pula menjamahnya. 

Akhirnya membuat kesimpulan, durian moden seperti makanan yang ada MSG. Entah kenapa, tak serasi dengan badan. Segala isi perut, organ dan sekutu-sekutunya berpakat untuk menolak durian moden. Nampaknya sebarang durian sedia bungkus di pasar raya tak akan mampu menggoda saya. heh.

Berhemah ketika menjamah makanan. Sayangi tubuh yang dipinjamkan. Kena ingat, sampai masa perlu dipulangkan. 

*peace yo*



2 comments:

Anonymous said...

yang penting...hati kene baik..

barulah boleh minta baik-baik,
cakap baik-baik,
sangka baik-baik..

its dwell within us..



^^

Najwa Najihah said...

inner part. the most important thing.

seketul hati yang berharga. :)