Thursday, January 31, 2013

We call it day.

Memetik kata-kata Ustaz Syaari Abdul Rahman,

"Kita tak mampu mengubah takdir tetapi kita boleh mengubah pandangan terhadap takdir yang berlaku."

So true.

Pada hemat penulis, sudut pandang seseorang itu memainkan peranan dalam kelangsungan hidup.

Adakah seorang yang pesimis mampu mencicip bahagia sedangkan setiap perkara yang berada di sekelilingnya dilihat sebagai ancaman?

Hidup di dunia ini sementara namun lama. Walaupun ada yang pergi pada usia muda tetapi setiap saat umur yang telah berlalu merupakan sesuatu yang berharga dan pasti tiada satu pun yang sepadan untuk dinilaikan.

Lalu, apakah pilihan yang kita ada sebagai manusia?

Di dalam Al-Quran, jelas dinyatakan hanya terdapat dua pilihan; syurga atau neraka, halal atau haram, bersih atau kotor. Dan pelbagai lagi, rata-rata, berpasangan.

Sebagai manusia yang memandu jasad setiap hari, setiap saat, pilihan di tangan individu sama ada ingin memilih bahagia atau derita.

Selamat memilih dengan iman dan akal!

ii.

Dan satu lagi kata-kata yang bermanfaat,
Be reverent before the dawning day. Do not think of what will be in a year, or in ten years. Think of to-day. [Romain Rolland]

Romain Rolland adalah seorang penerima Anugerah Nobel. Mungkin beliau telah jumpa roh Islam tapi tak sempat berjumpa dengan keindahan Islam secara mutlak.

Islam itu indah.

2 comments:

Anonymous said...

sentiasa positif..

bukan semua benda tu sia-sia,,,

^^

Najwa Najihah said...

Betul! Positif dan optimis.

Allah menciptakan dan menentukan sesuatu perkara penuh hikmah disebaliknya.

=)