Tuesday, February 5, 2013

Manakan sama namun tetap sama. Beza tapi sama.

Hujung parang diasah lagikan tajam inikan pula pangkalnya. Sama bukan?

Sayur pun begitu juga. Kacang panjang akan kelihatan sama hujung dan pangkalnya setelah dibersihkan. Timun dan petola licin, setelah dikupas kulitnya, mirip benar kedua-duanya.

Manusia pula?

Jasad berbeza namun ada nilai yang sama.

Perilaku, nilai; kasih sayang, percaya, toleransi, jujur, marah, geram dan pelbagai ragam rasa.

Maka beruntunglah kepada umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.

Walau sudah tersasar jauh, jika kembali ke pangkal jalan, pasti dapat membentuk jalan pengakhiran yang berkualiti dan diredai.

-Jeda-

Dengan pintu Suka Hati, kembali ke zaman persediaan.

Serasa-rasa menjadi punchbag yang sedia untuk diasak bertalu-talu. Marilah mari...!

Menjadi insan besi, jasadiah dan rohaniah.
Berdikit-dikit 'malleable' terkesan dek haba pembangunan lalu kini menjadi aloi.

Mungkin.

Tamat kisah.

iii.

Tiga tahun yang lalu, punya perasaan seperti hari ini.
          
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ  وَمِنْك السَّلَامُ
 وَإِلَيْك يَعُودُ السَّلَامُ
 
فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ 
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةِ دَارَ السَّلَامِ
 
تَبَارَكْت رَبَّنَا وَتَعَالَيْت
 يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

4 comments:

Anonymous said...

macam kayu..walaupun kayu..tapi ade banyak jenis..^^

Najwa Najihah said...

macam kenal je statement ni. :D

Anonymous said...

haha...

macam baru dengar je kan?

ada je yang dengar, tapi membiarkan ianya berlalu.

tapi ada juga yang mencatat, sama ada maya ataupun atas kertas..

^^

Najwa Najihah said...

fokus yang tinggi, bagus!

jadilah kayu yang bermanfaat walau berbeza jenisnya.

kayu, dari pucuk hingga ke akar, semuanya boleh dimanfaatkan sebaiknya, insyaAllah. =)