Friday, February 15, 2013

Ungkaplah

Kata pengkaji, orang Timur, pemalu. Sukar untuk mengungkapkan sesuatu yang melibatkan perasaan. Senang cerita, bukan mudah mengungkap kasih.

Baiklah, perkara ini ada baik dan buruknya. Buruknya?

  • Sering berlaku salah faham
  • Hubungan terasa hambar
Kalau nak dicari keburukan, banyak yang dapat dicari. Kebaikan? Boleh fikir sendiri ye, mungkin sudah ada yang berpengalaman.

Ada baiknya jika dilihat dari aspek kekeluargaan. Almaklumlah, penulis mempunyai keluarga dan rakan taulan. Jadi ini sahaja medium terbaik untuk dijadikan contoh.

Komunikasi, kemesraan, keterbukaan, segala-galanya berkait rapat. Tanpa ketelusan jiwa dan perasaan, pasti ada perasaan yang tertahan.

Lalu pelbagaikan cara, ekspresikan jiwamu!

Bagaimana kalau tadi adalah Isyak yang terakhir?

ii.

Tubuh mungil itu tak lekang mengusik. Kali ini bikin senyum meleret-leret.

Barang bertukar tangan lantas dia terus berlari. Malu barangkali. Ah, orang Timur.

Kenapa bukan 'berisi'? :D

2 comments:

Anonymous said...

banyak cara untuk ekspresi..

sama ada secara sukarela..ataupun di"ekspresi"kan..

lain orang..lain cara dan gaya.

sebab tu orang ada banyak jenis..saling melengkapi..

Najwa Najihah said...

setuju! kalau semua manusia sama, hambar rasanya.

dan perlu aktifkan mata hati untuk meneliti. :)