Berapa
ramai orang yang 'silau' dengan kejayaan yang dikecapi dalam hidupnya;
merasa seolah-oleh kejayaan itu hasil dari usahanya sendiri, sedangkan
jika direnung-renung dengan mata hati, tiada orang yang berjaya kerana
'dirinya sendiri', pasti ada orang lain yang menyumbang secara langsung
atau tidak langsung kepada kejayaan yang dibangga-banggakan itu.
Terlalu sering dan berlama-lama di hadapan cermin, lantas yang terlihat
hanyalah refleksi diri sehingga mata jadi kabur pada kelibat insan lain
di belakang...
Manusia jadi mabuk oleh bisikan-bisikan tentang
hebatnya diri, hingga kita tidak lagi mampu mendengar teriakan
kejujuran dari jiwa nurani :
"Engkau berjaya bukan kerana dirimu semata, tetapi kerana bantuan dan
doa insan yang mengasihimu dan terlebih dari itu, kerana izin dari DIA
Yang Maha Tahu!"
Sudahkah kita menginsafi ini?
[Ustazah Noraslina Juslin]
-Jeda-
Saya selalu terlupa. Apatah lagi menghargai mereka yang berada di sisi.
Terima kasih kerana sudi di sisi walau apa pun yang terjadi.
Ya Rabb,
jiwa insan-insan di sekelilingku mendamba kelembutan dan keredhaan- Mu, mencari sinar di sebalik kesuraman; maka Ya Rabb, rahmatilah mereka.
4 comments:
selagi masih boleh, selagi ada masa,
kalau dah takde..doa je la..
kena selalu ingatkan diri, tak ada makna sesuatu tu kalau sentiasa pentingkan diri.
dunia ni bukan milik individu.
dan doa tu milik semua. :)
yup..doa milik semua, selagi ade yang ingat...
semoga yang baik tu untuk semua...
Amin Ya Rabb!
Post a Comment