Friday, April 12, 2013

Pesan UZAR

Ini tazkirah seawal pagi. Beringat-ingat duhai orang muda.

***



[Dari dinding FB Ustaz Zaharuddin Abd Rahman]

Menurut pendapat saya (BUKAN FATWA), KURANG BERADAB dan TIDAK SEPATUTNYA seseorang berdoa istikharah seperti gambar yang agak lucu itu. 

Kerana ia menunjukkan seolah seseorang itu lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya melebihi Allah subhanahu wata'ala. 

Beradab dan yakin dengan Allah adalah kunci bahagia justeru doalah agar Allah mengilhamkan, memudahkan dan melorongkan apa yang terbaik buat kita dan bukan menekan agar taqdir mesti mengikut kehendak kita dalam situasi apapun. 

Boleh jika nak minta sesuatu darihal dunia secara specifik tetapi jangan lupa ikat ia dengan 'JIKA IA BAIK UNTUK DUNIA DAN AKHIRATKU'.
Ini doa yang betul

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ

Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan ilmuMu..

وَاَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ

Dan aku memohon kuasa kepadaMu dengan kuasaMu..

وَاسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ

Dan aku memohan kepadaMu kurniaanMu yang Maha Agung..

فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ اَقْدِرُ

Kerana sesungguhnya Engkau yang berkuasa dan aku tidak mempunyai kuasa..

وَتَعْلَمُ وَلاَ اَعْلَمُ

Dan Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui..

وَاَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ

Dan Engkau mengetahui perkara-perkara ghaib..

اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِيْنِى وَمَعَاشِ وَعَاقِبَةِ اَمْرِى

Ya Allah, andai Engkau Mengetahui, bahawa urusan ini baik untukku, dalam agamaku, kehidupanku dan akibat kesudahan urusanku..

فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسِّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيْهِ

Takdirkannya (urusan itu) untukku dan permudahkannya untukku, dan berkatilah aku padanya..

وَاِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ شَرُّ لِى فِى دِيْنِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ اَمْرِ

Dan jika Engkau Mengetahui, bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupanku dan akibat kesudahan urusanku..

فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِافْرِفْنِى عَنْهُ

Jauhkan ia dariku, dan jauhkan aku darinya..

وَاقْدُرْ لِى الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ اَرْضِنِى

Dan taqdirkan untukku kebaikan apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya..

*****

Istikharah bukan khusus untuk pembinaan Baitul Muslim sahaja ya.

Hidup penuh pilihan. Istikharah diperlukan dalam setiap pililhan.

Moga terarah hidup, dunia dan akhirat..

No comments: