Monday, August 12, 2013

Bagaimana rasanya jika sedang lapar, haus dan tiada tempat untuk mencari makanan atau minuman?

Datang pula seseorang bersama sedikit makanan. Musafir barangkali.

Adakah kita akan,

- sapa, berbual dan beritahu keadaan kita dengan harapan dapat sedikit makanan.
- sapa dan berbual sambil berharap orang itu akan mempelawa makanan yang dibawa.
- hanya melihat dari jauh dengan simpati dengan harapan orang itu akan datang dan beri makanan.

***

Setiap pilihan akan membawa kesan berbeza. Kata orang, malu bertanya sesat jalan. Kata orang sekarang, malu meminta lapar jadinya. Namun meminta ada juga adab-adabnya. Bukan semberono.

Bagaimana pula jika orang itu sudah sudi berkongsi makanan namun kita seolah-olah kurang senang untuk berkongsi dengannya, ada perasaan ingin memiliki kesemua makanan tersebut?

Pastinya orang itu akan geram dan timbul perasaan marah. Kata orang, menolak rezeki. Akhirnya terpinga-pinglah dalam kelaparan dan kehausan kerana orang itu membatalkan niat murninya.

Akhirnya siapa rugi?

***

Dalam hidup ini, perlu untuk melihat sesuatu itu dengan kadar segera dan rasional. Ambil sedikit masa untuk berfikir dan terus buat keputusan.

Setiap rasa yang timbul perlu jelas punca-puncanya agar tidak merebak ke perkara-perkara lain. Seandainya rasa itu kurang menyenangkan, pasti ada sebab musababnya. Bertanyalah.

Ikut hati, mati.
Ikut rasa, binasa.


Manusia makhluk istimewa, bersyukurlah.

2 comments:

weirdo_stranger said...

mesti ada usaha..

bukan kata-kata yang hanya diulang..

Najwa Najihah said...

usaha!