Saturday, November 28, 2009

Cuti!!!




"Siapa mahu cuti?"soal seorang guru di dalam kelas.
"Saya!"jerit seorang murid.
"Saya juga cikgu!"sahut seorang lagi.

Beginilah ragam di dalam bilik darjah andai guru mula memperkatakan mengenai cuti.

Anda bagaimana?Suka cuti?


Saya suka cuti!Inilah masanya untuk berehat!

Eh?Berehat?

Teringat kata-kata seorang guru yang disayangi,Ustazah Husniah."Tiada istilah cuti dalam hidup seorang pelajar.Ingat tu!"pesan beliau sambil memberi tugasan masa cuti.

Benar,saya akui kata-kata beliau.Ini cuti sem yang pertama setelah bergelar mahasiswa.Saya tidak boleh mensia-siakan masa yang ada!





Manusia sering melewati waktu tapi berapa ramai manusia yang sering ketinggalan dalam hidupnya?

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


Cuti kali ini perlu direncana dengan baik.Berdasarkan planner,rasanya banyak perkara yang perlu dibereskan.Nampaknya saya perlu mengatur dengan baik.Paling penting,perlu mengikut kepentingan.Baru nampak teratur perencanaan ini,InsyaAllah.

Kepada mereka yang sedang bercuti atau bakal bercuti,aturlah masa cuti kalian dengan sebaiknya!Semoga kita dapat manfaatkan cuti yang dinikmati secara berfaedah.




Renung-renungkan hikmah surah Al-'Asr di atas.  



2 comments:

Hafiz Majdi said...

Kita jgn terlalu berehat...cuti tu la masa free kita nak study abes abisan...ingt kata2 Mr Ch'ng masa kuliah fizik dulu..."Most of the great people fail when they wanna get rest"...some sort like that la..correct me if saya salah tafsir ayat dy...tp dy kata cm kita jgn terlalu byk berehat la...tengok la Islam kat Malaysia ni cmne...kiat la yg bertanggung jawab nak menjulang balik...So, u still wanna rest??...:)..hahha..:p

Najwa Najihah said...

Yup,setuju sangat2.Tiba2 rasa rindu sangat2 kat Mr.Ch'ng.Hem,post ni bukanla bermaksud rehat sepenuhnya sehingga melupakan kewajipan.Alhamdulillah,so far...my holidays give me something beneficial. =)