Showing posts with label catatan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013
Monday, February 25, 2013
Let Off Some Steam
Listen with the ears of tolerance.
See through the eyes of compassion.
Speak with the language of love.
~Jalaluddin Rumi
~Jalaluddin Rumi
Sunday, November 4, 2012
Comments
Malam suram menemani. Kelam. Sesekali bayu dingin meresap, menyapa tulang dan segala urat saraf di dalam tubuh. Sejuk.
Malam hujung minggu yang asyik. Sengaja menjengil mata, menatap skrin yang terpapar walhal masih ada warkah sepi yang menanti untuk ditatap. ehem!
Sesekali menerawang di alam maya ini, pelbagai perkara baru dapat diterokai. Sebetulnya, dijumpai.
Selama ini, saya hanya menyedari ini:
Dan malam ini, saya terperasan ini:
Oh, kasihan diri. Setelah hampir 3 tahun...
Malam ini adalah malam bermesra dengan blogger.
Saya agak terkejut sebenarnya dengan penemuan ini. Kukira-kira, semua fungsi telah diteroka. Patutlah ada beberapa komen yang tidak saya jumpa dalam beberapa entri. Rupa-rupanya tersorok di spam.
Akhirnya....
Begini keadaan otak saya buat seketika. Melilau mencari ke mana perginya komen-komen yang telah diubah status kepada non-spam. Satu persatu perlu dilihat.
Agak-agaknya, macam mana ya untuk mengelakkan komen seseorang tu masuk spam?
Pengajaran:
Rajinkan diri anda untuk menjenguk spam. Siapa tahu, ada komen bermakna di situ.

- Jeda -

Tuesday, March 27, 2012
Cuci Mata
Meja belajar sunyi.
Hilang asyik untuk menguliti susunan buku yang terhidang di hadapan mata. Hambar.
Sedang akal ralit menerawang mencari punca, tangan ligat menyusun atur susunan yang tidak bersepah. Memujuk asyik untuk kembali. Hampa.
Petang ini merayau lagi. Aha! Ada sesuatu menggamit di laman papan pemuka.
Mata ralit di hadapan skrin komputer riba, meneliti penuh erti. Tangan pula ligat menekan butang paparan yang disediakan di laman tersebut. Inilah dia yang dicari. Senyum mulai terukir, menanggalkan kerut-kerut keresahan.
Kak Wani
Mat Gebu
Cik Manggis
Awesome!
Musim-musim begini menjadikan diri tak keruan. Padahal, banyak perkara yang boleh difikirkan dan dilakukan. Mungkin kekangan masa yang menjerut lantas terjebak dalam situasi ini. [huh, salahkan faktor luar?]
Merayau-rayau sambil mencuci mata, mengasyikkan!
Inilah akibatnya apabila momentum sedikit tersasar. haha.. Saya akui bahawa setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melegakan keresahan yang melanda, terutama jika keadaan itu datang dan pergi, seperti burung. Hinggap, terbang.
Bagi saya, mencuci mata dan minda dengan variasi makanan yang unik dan menarik, mampu menstabilkan momentum yang tersasar. Selain dapat mengetahui bahan-bahan yang digunakan, saya juga dapat mengenali bahan-bahan baharu. Bukan sekadar tahu resepi saja, malah dapat memerhati teknik-teknik menangkap gambar yang digunakan. Menarik, kan?
Bukan setakat nescafe, nestum, kopi, milo, dll saja yang ada 3 in 1, aktiviti ini pun 3 in 1. Selain tambah pengetahuan, memerhati kemahiran menangkap gambar, elemen kreatif adalah yang paling menyerlah, Tak percaya?
Well, saya hanyalah pemerhati setia. Sangat gemar mencuci mata dengan keindahan hasil kerja dapur yang muluk-muluk ini. Halus tangan yang menyediakannya. Cemburu. Beruntung bagi mereka yang mempunyai kebolehan ini.
Hasil saya? Seperti yang dikatakan, hanya mampu mencicip nikmat hasil air tangan orang lain.
Saya tahu makan saja. Ya, makan.[perut mula berkeroncong, padah cuci mata berlebihan]
Hilang asyik untuk menguliti susunan buku yang terhidang di hadapan mata. Hambar.
Sedang akal ralit menerawang mencari punca, tangan ligat menyusun atur susunan yang tidak bersepah. Memujuk asyik untuk kembali. Hampa.
*****
Petang ini merayau lagi. Aha! Ada sesuatu menggamit di laman papan pemuka.
Mata ralit di hadapan skrin komputer riba, meneliti penuh erti. Tangan pula ligat menekan butang paparan yang disediakan di laman tersebut. Inilah dia yang dicari. Senyum mulai terukir, menanggalkan kerut-kerut keresahan.
Kak Wani
Mat Gebu
Cik Manggis
Awesome!
*****
Musim-musim begini menjadikan diri tak keruan. Padahal, banyak perkara yang boleh difikirkan dan dilakukan. Mungkin kekangan masa yang menjerut lantas terjebak dalam situasi ini. [
Merayau-rayau sambil mencuci mata, mengasyikkan!
Inilah akibatnya apabila momentum sedikit tersasar. haha.. Saya akui bahawa setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melegakan keresahan yang melanda, terutama jika keadaan itu datang dan pergi, seperti burung. Hinggap, terbang.
Bagi saya, mencuci mata dan minda dengan variasi makanan yang unik dan menarik, mampu menstabilkan momentum yang tersasar. Selain dapat mengetahui bahan-bahan yang digunakan, saya juga dapat mengenali bahan-bahan baharu. Bukan sekadar tahu resepi saja, malah dapat memerhati teknik-teknik menangkap gambar yang digunakan. Menarik, kan?
Bukan setakat nescafe, nestum, kopi, milo, dll saja yang ada 3 in 1, aktiviti ini pun 3 in 1. Selain tambah pengetahuan, memerhati kemahiran menangkap gambar, elemen kreatif adalah yang paling menyerlah, Tak percaya?
Ha, menarik, kan? Suka!
Well, saya hanyalah pemerhati setia. Sangat gemar mencuci mata dengan keindahan hasil kerja dapur yang muluk-muluk ini. Halus tangan yang menyediakannya. Cemburu. Beruntung bagi mereka yang mempunyai kebolehan ini.
Hasil saya? Seperti yang dikatakan, hanya mampu mencicip nikmat hasil air tangan orang lain.
Saya tahu makan saja. Ya, makan.
Tuesday, June 22, 2010
Penantian
Sepi.
Sunyi menyingkap kamar hati. Sedihnya melihat teratak ini. Sedangkan hati juga perlu disuburi, apatah lagi teratak ini. Rasa bersalah menyelubungi sanubari.
Maafkanku kerana tidak berlaku adil. Insya-Allah, kanku gagahi diri ini untuk terus bermujahadah, mencicip ilmu yang ada untuk tatapan bersama.
Ya Rabb, kepada-Mu jua kubermohon. Beriku kekuatan untuk berlaku adil, terhadap diri dan kehidupan ini.
Bersabarlah, penantian merupakan satu penyeksaan. Menguji tahap kewarasan.

Thursday, February 18, 2010
Bertapak
Terlalu lama saya meninggalkan kamar ini.
Sunyi.Berhabuk pula.
Jari jemari ini terus menari-nari,pinta dikarang walau secebis nota.Mana mungkin saya hampakan hasrat hati yang kian lama tertangguh.Lalu biarkan coretan kali ini,kuingin cerita mengenai apa sahaja,mungkin bersifat personal sedikit.
Ada yang bertanya,"Eh,sudah pencen ke?Blog sunyi je."
Saya hanya tersenyum tawar.Membiarkan hati terus berbicara.
Ah,terasa ingin menggunakan Streamyx saja.Eh,tak berminat dengan P1WiMax ke?
"Potong...Potong..."Rentak yang melucukan.
Bila difikirkan kembali,semua itu kehendak.Bukan keperluan.Ternyata kewanganku perlu disalurkan sebaiknya.Bukan sekadar memenuhi kehendak.
Ada baiknya saya menggunakan 'wireless' sahaja,walaupun banyak kerja akan tergendala.Sekurang-kurangnya,saya tidak akan terus menerus membuang masa dihadapan muka skrin ini.Bukan mudah untuk berpisah dengan si kotak hitam ini. ^^
Nampaknya,terpaksa beralah demi kesejahteraan diri dan akademik.Mohon bersabar kepada yang setia menunggu.InsyaAllah,masa yang berkesempatan,saya pasti kongsikan mutiara-mutiara berharga untuk tatapan bersama.
Doaku agar kalian sejahtera dalam menempuhi kehidupan mendatang.Dunia ini penuh cabaran apatah lagi dalam mendepani nafsu di dalam diri.
Perjalanan ini masih jauh,gagahkan langkah!

Saturday, November 28, 2009
Cuti!!!
"Siapa mahu cuti?"soal seorang guru di dalam kelas.
"Saya!"jerit seorang murid.
"Saya juga cikgu!"sahut seorang lagi.
Beginilah ragam di dalam bilik darjah andai guru mula memperkatakan mengenai cuti.
Anda bagaimana?Suka cuti?
Eh?Berehat?
Teringat kata-kata seorang guru yang disayangi,Ustazah Husniah."Tiada istilah cuti dalam hidup seorang pelajar.Ingat tu!"pesan beliau sambil memberi tugasan masa cuti.
Benar,saya akui kata-kata beliau.Ini cuti sem yang pertama setelah bergelar mahasiswa.Saya tidak boleh mensia-siakan masa yang ada!
Manusia sering melewati waktu tapi berapa ramai manusia yang sering ketinggalan dalam hidupnya?
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Cuti kali ini perlu direncana dengan baik.Berdasarkan planner,rasanya banyak perkara yang perlu dibereskan.Nampaknya saya perlu mengatur dengan baik.Paling penting,perlu mengikut kepentingan.Baru nampak teratur perencanaan ini,InsyaAllah.
Renung-renungkan hikmah surah Al-'Asr di atas.
Wednesday, November 18, 2009
Hati ini berbelah bagi...
Deru bayu membawa pergi bersama hatiku yang gundah.Hanya radio teman dikala sunyi.
......................................................................................................
"Anda lupa di mana anda meletakkan kunci walau sebentar tadi anda meletakkannya?"
Mendengar promo tersebut,rasa teruja memenuhi hati.Apakah bengkel terbaru yang PPLI bakal anjurkan?Promo tersebut mengetuk-ngetuk pintufikiranku.Ah,mungkin aku tak berpeluang.Kebiasaannya bengkel yang dianjurkan menjurus kepada mereka yang sudah bekerjaya.Mungkin juga tiada kesempatan waktu untuk aku mengikutinya.Aku terus berfikir sendiri.
Seminggu kemudian.
Petang itu suasana damai,dingin,sepoi-sepoi angin menembusi tingkapku,membawa bayu segar.Bayu yang memberi semangat untukku terus mengulangkaji pelajaran yang berbaki.
"Assalamualaikum dan selamat petang.Anda bersama kami dalam Rancangan Bersama PPLI.Bersama saya adalah Encik Nik Roskiman...",petah kak Mas berbicara,selaku juruhebah pada petang itu.Aku hanya memasang telinga.Sudah menjadi tabiatku menjadikan radio sebagai halwa telinga meskipun sewaktu mengulangkaji.Pastinya IKIM.FM yang menjadi pilihan hatiku.Ku tersenyum sendiri."Pada petang ini kita akan membicarakan mengenai bengkel yang akan diadakan pada masa terdekat ini iaitu mengenai ketarasedar atau mindfulness.....",kak Mas memulakan bicara.
"Eh,ini bengkel yang ingin aku sertai!"getus hatiku.Dalam diam aku menyimpan hasrat untuk mengikuti bengkel ini.Sambil mengulangkaji,aku ligat mencari maklumat mengenai bengkel ini di laman sesawang IKIM.Alhamdulillah,berhasil!Aku mula memuat turun beberapa maklumat yang perlu diketahui sebagai langkah awal untuk memujuk kedua ibu bapaku.
Ada seorang mahasiswa bertanya mengenai bayaran untuk mengikuti seminar ini.RM 50 sahaja.Aku terkesima.SubhanAllah,aku benar-benar teruja untuk mengikutinya.Berpeluangkah aku?
.....................................................................................................
MINDFULNESS atau ketarasedar adalah satu konsep yang merujuk kepada tindakan seseorang yang dilakukan secara sedar dan penuh pertimbangan akal waras dan bukan kerana tabiat harian yang telah sebati dengan jiwa. Ianya dipopularkan di Barat oleh Ellen J.Langer melalui bukunya The Power of Mindful Learning. Dengan keupayaan fungsi akal yang menggunakan kemahiran memproses dan membuat keputusan, sesuatu tindakan akan dapat dilaksanakan dengan penuh bijaksana. Kaedah ketarasedar dan gabungan dengan pendekatan pengurusan dapat menjamin kecemerlangan diri dan organisasi.
Bengkel ini adalah pertama kali diadakan bagi mengupas kefahaman dan pengertian Ketarasedar dari perspektif Islam serta mengetengahkan kepada para peserta bagaimanakah ianya dapat dibentuk dan digilap di dalam tindakan seseorang. Ianya amat penting untuk setiap individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri.

Telefon bimbit ku genggam,menanti saat untuk membuat panggilan.Seusai bual bicara itu,aku terus menelefon ayah,insan yang amat kusayangi.Aku sekadar berbasa-basi dahulu,memikirkan bait-bait yang sesuai untuk menyatakan hasrat.
"Ayah,Semenyih dengan Jalan Duta,dekat tak?"soalku setelah bertanya khabar.
"Eh,jauhla kak.Kenapa?"ayah mula menyoal.
Aku terus menyatakan hasrat sebenar hatiku.Aku penuh bersemangat,dengan harapan ayah mungkin dapat memberiku sedikit cahaya pengharapan,namun ku sedikit khuatir.Berpeluangkah?
Ayah mula menyatakan rasionalnya.Aku mulai hampa.Tetapi di dalam hati ini,perasaan ingin menyertai membuak-buak,mengingatkan ku perasaan ketika ingin mengikuti ESQ Bersama ILuvIslam.Aku tetap berkeras di dalam hati.Aku ingin berikhtiar.Ya,Pak Ngah!Mungkin Pak Ngah boleh membantu.

Aku diambang peperiksaan.Terlalu banyak yang ingin ku kerjakan.mengulangkaji,mengikuti kuliah tambahan(kebanyakannya dilakukan secara emergency),jamuan kelas,menjadi salah seorang yang terlibat untuk persembahan dalam satu majlis di IPTHO,sehingga aku terlupa untuk bertanya kepada Pak Ngah.Setiap kali teringat,pasti bertembung dengan sesuatu perkara.
17 November 2009
Seperti hari-hari yang kulalui sebelum ini,pagi ini kurasa ketenangan.Dingin pagi menembusi tulang namun lembut menyapa minda.Memberi momentum kepadaku untuk terus mengulangkaji,persediaan menghadapi medan yang masih belum padam baranya.Komputer riba dibuka seperti biasa.Aku tergerak untuk menghantar emel kepada pihak PPLI kerana musykil dengan statusku.Aku masih dalam kursus persediaan,belum menjejakkan kaki sebagai pelajar ijazah pertama sepenuh masa.Aku perlukan pengesahan daripada pihak pengurusan sebelum melakukan tindakan selanjutnya.Aku mula mengirim emel.Jari jemari mula menaip.Hantar.
"Bip!".Ada kiriman emel memasuki inbox ku.
Ya, Cik Nur layak untuk mendapat diskaun bayaran dan hanya dikenakan bayaran pelajar sahaja iaitu RM50. Sila daftarkan diri saudari dengan mengembalikan borang yang dilampirkan ini, dan pastikan membawa kad pelajar / kad matrik dll sebagai bukti bahawa saudari seorang pelajar, pada hari pendaftaran. Mereka yang mendaftar sebagai pelajar tetapi tidak membawa kad pelajar pada hari pendaftaran akan dikenakan bayaran peserta biasa iaitu RM200.
Sekian terima kasih.
Wassalam
Nik Roskiman
Alhamdulillah,berjaya!Telefon bimbit kucapai,pantas menaip mesej untuk bertanya perihal tempat kepada pakcikku.Beberapa minit kemudian,Pak Ngah menelefonku.Aku menyatakan persoalan yang sekian lama bermain di benak ini.Aku tersenyum gembira.Puas.Kini aku sudah mempunyai alasan kukuh untuk mengikuti program ini.

Seusai mengambil minum malam,aku menelefon ayah.Inginku berkongsi berita ini.
"Tut...Tut...",panggilan tidak dijawab.
Tidak lama kemudian,aku menerima panggilan masuk.
"Assalamualaikum.Oh,ibu rupanya...",aku memulakan bicara.
Ibu bertanya mengapa aku menelefon kerana ayah sudah pun melenakan diri.Aku terus menyatakan isi hatiku,tak sanggup rasanya untuk terus menyimpan sendirian.Kelak memang perlu kumaklumkan kepada ibu.
Respon yang kuterima tidaklah seperti yang kuharapkan.Kuhampa.Sebentar tadi benih harapan sudah mahu bercambah setelah mendapat titisan harapan Pak Ngah.Kini pucuknya seolah-olah mula melecur kerana simbahan rasa tidak yakin akan bengkel ini.Apa lagi yang perlu aku katakan?Aku hanya mampu merenung semula brosur bengkel tersebut.Aku yakin bengkel tersebut tidak tersasar.Aku tahu akan keperluan diri ini.Tapi bagaimana inginku yakinkan kepada kedua-duanya?
Hatiku pinta untuk pergi.Mindaku merayu.Jasadku mendesak.

Monday, November 9, 2009
Wahai Insan...
Bagaimana dapat terus berdabik dada
Andai bumi tempat berpijak
Hanya tempat yang sementara?
Bagaimana dapat terus meninggi diri
Andai segala yang dinikmati
Hanya pinjaman semata-mata?
Diri kerdil terasa besar dan gagah
Kerana fatamorgana nikmat mengabui segala
Hingga tersasar menyusun langkah
Tersadung…Berdarah…
Namun masih tegar menyongsong fatamorgana
“Ah,dunia ini aku yang punya!”
“Aku dapat melakukan apa sahaja!”
Wahai insan kerdil…
Mungkin kau lupa dari mana asal tubuh kecilmu
Lupa asal usul penciptaanmu…
Lupa segala janji-janjimu…
Kerana kau tidak melihat
Kau tidak menghirup
Segala penderitaan dan azab umat terdahulu
Kau terus hanyut…
Walau kau tahu
Badai didunia tak pernah surut
Malah keras bergelombang
Karamlah insan kerdil dalam lautan fatamorgana diri…

Tuesday, October 27, 2009
Kembali!!
"Hachum!"
Mungkin ini fenomena yang akan berlaku terhadap saya sekiranya blog ini merupakan sebuah bilik.Hampir sebulan lamanya saya meninggalkan ruangan ini.Maaf kepada mereka yang menanti kiriman saya.Mengapa saya menyepi belakangan ini?
> wireless yang menyakitkan hati!!!!!
> sekatan dari pihak KPM(saya musykil,mengapa perlu disekat?)
> kekangan tugasan yang menimbun...(Alhamdulillah,selesai semuanya)
Banyak lagi situasi yang memcemburui saya,menyebabkan sawang terus bermaharajalela di blog ini.Ah,kesilapan diri ini sebenarnya yang sering mengabaikan tabiat menulis.
Sedikit kekok rasanya setelah sekian lama tidak menulis.Padahal sebelum ini idea berasak-asak pinta dikarang.Apabila saya mempunyai masa senggang,kelu fikiran.Hem,perlu perbaiki kualiti diri nampaknya.
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama.Insya-Allah,blog ini akan dikemaskini lagi dalam masa terdekat.
-masa cukup cemburu...mengekang diriku untuk terus menukil....

Sunday, June 14, 2009
Ahlan...Ahlan...
Salam'alaikum semua!!!
Alhamdulillah,akhirnya saya dapat juga meneruskan perjuangan yang tergendala ni.cewah...
setelah sekian lama memikir masa dan saat yang sesuai untuk mengikut jejak sahabat-sahabat tercinta,akhirnya setelah bergelar pelajar semula,baru saya berkesempatan berkecimpung dalam ruang lingkup ini.
Jadi,teruslah menyokong usaha saya ini!!! ^-^

Subscribe to:
Posts (Atom)