"Sinetron Sunan Gunung Jati?" bisikku sendirian tatkala menonton televisyen petang Ahad yang lalu. Persis novel-novel Ramlee Awang Murshid pula. Ku tertawa sendiri.
Sudah lama saya tidak meluangkan masa, menonton televisyen secara tekun. Sinetron pada petang itu menggamit hati, mudah-mudahan tidak menonjolkan unsur yang bertentangan dengan syariah seperti sinetron sebelum ni. Jelak menontonnya.
Ternyata tajuk kali ini tidak mengecewakan. Persis benar dengan karya Ramlee Awang Murshid, novelis thriller yang terkenal. Cuma ada beberapa adegan yang saya kira kurang sesuai.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai sinetron ini. Sesiapa yang berminat untuk menontonnya, boleh klik pautan di atas.
Saya lebih berminat dengan ini, kenal?
Ya, Ramlee Awang Murshid(RAM). Beliau merupakan novelis thriller yang terkenal.
Saya mengimpikan novel-novel ini berada di kutub khanah saya. Bila ya waktunya? Tiga daripadanya telah saya habisi. Oh Hijab Sang Pencinta, saya menanti waktu untuk membacamu.
Ternyata cerita yang digarap oleh RAM tidak mengecewakan. Indah diadun fantasi, mistik, serta aspek Islami. Ingin tahu lebih lanjut? Anda perlu menghayatinya sendiri.
Novel-novel ini berada dalam 'wishlist' saya. Menanti masa untuk dituai.
Oh, tidak sabar rasanya.
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu" - Laksamana Sunan
5 comments:
andai awan
dapat dicapai
maka saktilah hamba
Yup. ^_^
Oh ye, akhi patut cuba Cinta Sufi. Menarik.
Salam Najwa.Kak Ani juga teringin nak mendapatkan novel RAM.Yang mana satu patut dibeli dahulu ya? Ada cadangan? :)
Wassalam Kak Ani. Maaf lambat balas, agak sibuk belakangan ni. Hem, trilogi yang saya paparkan tu, menarik. Akak mulakan dengan Bagaikan Puteri. Kalau akak nak yang buku je, mungkin boleh cuba dengan Hatiku di Harajuku. ^_^
Post a Comment