Tuesday, March 27, 2012

Cuci Mata

Meja belajar sunyi. 
Hilang asyik untuk menguliti susunan buku yang terhidang di hadapan mata. Hambar.
Sedang akal ralit menerawang mencari punca, tangan ligat menyusun atur susunan yang tidak bersepah. Memujuk asyik untuk kembali. Hampa.

*****

Petang ini merayau lagi.  Aha!  Ada sesuatu menggamit di laman papan pemuka.
Mata ralit di hadapan skrin komputer riba, meneliti penuh erti.  Tangan pula ligat menekan butang paparan yang disediakan di laman tersebut.  Inilah dia yang dicari.  Senyum mulai terukir, menanggalkan kerut-kerut keresahan.

Kak Wani
Mat Gebu
Cik Manggis

Awesome!

*****

Musim-musim begini menjadikan diri tak keruan. Padahal, banyak perkara yang boleh difikirkan dan dilakukan. Mungkin kekangan masa yang menjerut lantas terjebak dalam situasi ini. [huh, salahkan faktor luar?]

Merayau-rayau sambil mencuci mata, mengasyikkan!

Inilah akibatnya apabila momentum sedikit tersasar. haha.. Saya akui bahawa setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melegakan keresahan yang melanda, terutama jika keadaan itu datang dan pergi, seperti burung. Hinggap, terbang.

Bagi saya, mencuci mata dan minda dengan variasi makanan yang unik dan menarik, mampu menstabilkan momentum yang tersasar. Selain dapat mengetahui bahan-bahan yang digunakan, saya juga dapat mengenali bahan-bahan baharu. Bukan sekadar tahu resepi saja, malah dapat memerhati teknik-teknik menangkap gambar yang digunakan. Menarik, kan?

Bukan setakat nescafe, nestum, kopi, milo, dll saja yang ada 3 in 1, aktiviti ini pun 3 in 1. Selain tambah pengetahuan, memerhati kemahiran menangkap gambar, elemen kreatif adalah yang paling menyerlah, Tak percaya?


Ha, menarik, kan? Suka! 

Yang ini pula bagaimana?

Well, saya hanyalah pemerhati setia. Sangat gemar mencuci mata dengan keindahan hasil kerja dapur yang muluk-muluk ini. Halus tangan yang menyediakannya. Cemburu. Beruntung bagi mereka yang mempunyai kebolehan ini.

Hasil saya? Seperti yang dikatakan, hanya mampu mencicip nikmat hasil air tangan orang lain.

Saya tahu makan saja. Ya, makan. [perut mula berkeroncong, padah cuci mata berlebihan]

1 comment:

Anonymous said...

xkan tengok je..
bile lagi nak asah bakat kat dapur tu..
huhu..
pakej nak pikat hati mertua tu..
huhu