Wednesday, April 11, 2012

Abaikan. Rabu pasti terus berkata-kata...

Ini entri yang entah apa-apa. 
Tuan tanah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecelaruan pemikiran sepanjang pembacaan di entri kali ini. 
Terima kasih.


***


Rabu.

Ada yang mengatakan bahawa Rabu adalah hari serabut. Semua orang akan serabut, bermasalah.
Hingga seringkali terjumpa post, "Wordless Wednesday". Cuba tanya Pakcik Google, berderet-deret.

Hakikatnya, keadaan dan bagaimana seseorang itu menguruskan emosi dan dirinya pada hari itu, bergantung kepada pemikirannya. Juga keimanannya. Maka bersyukurlah wahai muslimin dan muslimat. Bergembiralah jiwa-jiwa yang telah berdamping dengan Pemilik Hati seawal pagi. Alhamdulillah.


***


Senyum terukir kembali. Sepatutnya post ini sarat emosi. Ternyata emosi itu [agak negatif] sementara saja. Terima kasih ya doktor sebab mengubat kembali emosi itu. Gembira.

Oh doktor, tolonglah beritahu jika cuti. Kasihan jika ada yang sakit. Penasaran jadinya. aha.


***


Ini saya tujukan khas kepada anon yang pemalu dalam entri ini. Terima kasih atas dorongan dan semangat kepada saya agar berhijrah, tukang makan dan tengok kepada tukang buat. Nampaknya kali ni cuci mata dan cuci perut sekali. Haha.


Puding roti 


Kentang Putar


Kepada anon yang pemalu, terima kasih ya. Mereka suka. Saya gembira.

Kalau mahu, beritahulah. Sudi kiranya meraikan anon yang pemalu ni. Maaflah, belum mahir hiasan. 

Kata ayah, "Dah boleh jumpa Dr. Ezani ni."

Aha, saya tersenyum sendiri. Terima kasih ayah. Juga anon yang pemalu.


***


Baiklah, tiada lagi Rabu bisu. Rabu akan terus berkata-kata seperti yang diingini. 

Seseorang itu berhak untuk menentukan arah kehidupannya seharian, selagi diizin Yang Maha Berkuasa. Tuhan Maha Pemurah. Mohon redha-Nya pada setiap perkara yang dilakukan. 
Kata-kata juga adalah milik-Nya. Siapalah kita, hamba yang kerdil lagi tak punya apa-apa.

Andai terlanjur kata, maaf ya. Asyik berkata-kata, terlupa mungkin ada yang terasa. 

Barakallahu fikum.

3 comments:

Anonymous said...

haha..jangan lupa kirimkan kat cni..
kalau ade yang diantara tu dibuat lagi...
nie rase nk request lagi ni..
:)

Najwa Najihah said...

kamu ye anon pemalu tu? ^^

saat cuti menjelma, bakal mempertemukan kamu dan dia.
mungkin yang lain2 juga. haha... waktu cuti je boleh request macam ni k.

;)

Anonymous said...

huhu...iye..ok..