Wednesday, September 5, 2012

Buatmu yang dikasihi


Antara nasihat Syeikh Ali Tantawi 
kepada muslimat seluruhnya:
Wahai puteriku,
Pintu pemulihan (cara mencegahnya) ada di hadapanmu, kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi lebih baik.
Engkau benar wahai puteriku,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu).
Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu, iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku,
Demi Allah! Apa yang dikhayalkan oeh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.
Demi Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.
Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

______________________________________________ 

           Saya yakin dan percaya, masih banyak muslimin di luar sana yang membawa rukun dalam kehidupan, menjaga diri sebaiknya, lahiriah dan batiniah. Saya yakin dan percaya, muslimin inilah yang mampu membimbing muslimah sebaiknya.

__________________________________________

(Al-Mukminun : 5-7)
__________________________________________

Hamba Allah yang baik sentiasa berusaha menjadi dan memberi yang terbaik buat siapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Pasangan (juga teman) adalah saling melengkapi, memberi tunjuk ajar agar rukun kehidupan. Menjaga hati sebaiknya agar tidak terlajak dalam permainan nafsu. 

Semoga 'hamba Allah yang baik' tersebut, anda yang membaca entri ini. =)

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Memang benarlah kenyataan diatas. Dalam keadaan sekarang kita menghadapi krisis kejujuran. Ibarat permata yang hilang dipadang luas berlumpur. Namun apa sekalipun kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kalau dilihat dari skop yang lebih luas, apakah kriteria mereka memilih calon suami? Adakah kerana kedudukan tinggi, pekerjaan yang terjamin, bergaya dsbnya menjadi ukuran? Malah mrk menjadi lebih fobia jika tidak berkahwin! Secara jujurnya, cuba kita lihat umat melayu, sejauhmanakah mrk dapat meneruskan menguasai AlQuran daN Hadis setelah berkahwin dan beranak-pinak?
Saya tidak mahu menyentuh bab ini pjg2. Tetapi apa yang berlaku diakhirat nanti mrk menyalahkan sesama mrk termasuklah ibubapa mrk sendiri jika tersilap langkah. Surah Al`Araaf:38-39 حَتَّىٰ إِذَا ادَّارَ‌كُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَ‌اهُمْ لِأُولَاهُمْ رَ‌بَّنَا هَـٰؤُلَاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِّنَ النَّارِ‌ ۖ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَـٰكِن لَّا تَعْلَمُونَ hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui". ﴿٣٨﴾
وَقَالَتْ أُولَاهُمْ لِأُخْرَ‌اهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْسِبُونَ Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan"

Sesungguhnya mannusia itu sendiri berpandangan dan atas tanggung-jawab mrk sendiri walau dicampak pelbagai alasan. Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ ﴿١٤﴾
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Ini kerana manusia diberi kuasa pemilihan dan menentukan takdir mereka sendiri. Surah Albalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Sebab itu awal2 lagi ketika dialam Ruh, Allah SWT mengingatkan manusia supaya jgn menyalahi sesiapa termasuk ibubapa kita jika tersalah jalan! Surah Al`Araaf:173 أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَ‌كَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّ‌يَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Wallahualam