Tuesday, September 4, 2012

Cerita ini, pusing-pusing saja.

i.
Kanak-kanak, sekolah [pusat tusyen], guru.

Anak-anak kecil, buku [kerja rumah], pensel.

--------------------------------------------
"Baca buku. Asyik bermain je. Penat badan tu."

"Duduk saja di dalam rumah, baca buku."

"Tutup televisyen tu, ulangkaji. Peperiksaan dah dekat." 
----------------------------------------------

*Jeda*


ii.


Sabar-sabar. Usah melatah. 
Cari dan baca. Intipatinya tak seperti yang disangka.

Sebagai individu yang hidup di dalam sebuah komuniti, saling bertukar pandangan tentang sesuatu perkara adalah perlu untuk menuai natijah yang baik.

# yang ini, pasti. Intipati utama!

Sistem pendidikan perlukan nafas baru. Belajar bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata.


iii.
Lalu amanah ini tergalas di bahu kalian, duhai guru [juga bakal guru].

Eh, guru sahaja? Tidak-tidak.

Bapak-bapak menteri, penggubal dasar, punya kuasa.
Bapak-bapak ekonomi, pengumpul dana, punya harta.
Ibu-ibu, bapa-bapa, pelanggan sekolah, punya anak.

Semua. Semua harus menggalas amanah ini. 

Sepohon pokok tak mungkin tumbuh subur tanpa air, udara, baja, tanah, dan sebagainya.

“You educate a man; you educate a man.
You educate a woman; you educate a generation.”

Brigham Young

Bersatulah dalam mencapai persefahaman. 

# Masa untuk mengingkatkan thaqafah.

No comments: