Tuesday, September 11, 2012

Tersendiri



Kehadapan Tuan Yang Budiman,
Tunas mulai besar
menjadi pohon nan rendang
Anak burung mula berkicau
mengibas kepak melayarkan sayap.
Elok sejahtera ciptaan Yang Esa,
Cukup sifat kuat kudrat,
Pekerti dicanai
bentuk arca sahsiah terpuji.

Tuan,
Ranum kopi membangkit rasa
mengait fikir ke daerah itu.
Titi rasa nan goyah menggugah pasak di kalbu.

Memori tersingkap,
rangkai hikmah pendeta bersipongang:
Janganlah Engkau pejamkan mata hati kami,
hingga kami terlupa akan nikmat-Mu,
dan pasrahkanlah kami dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
adalah yang terbaik buat kami,
jangan Engkau biarkan kami sendiri…
di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
bimbinglah kami agar tetap tegar.
Agar hidup kami tak hilang dalam kehancuran,
Ya Allah Ya Ghaffur.
Benih-benih doa kutabur
Moga subur dalam siraman kudus
Menemani tuan menghadapi usia.

Tuan Yang Budiman,
Harum semerbak bunga melur
Indah jambangan hiasan melati;
Andai maaf dapat kuhulur
Kupohon maaf setulus hati.

3 comments:

Anonymous said...

lambat...:)

Najwa Najihah said...

apa ya definisi lambat? ^^

saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun; semuanya tetap dipanggil masa. Jadi, kupunya masa. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Allah SWT tidak akan membiarkan kita berada dlm kegelapan selama2nya sehinggalah menyaringkan diantara baik dan buruk! Surah AliImran:179 مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ‌ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗAllah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).
Sudah tentulah kita mesti mengikut peredaran (roda) Islam dimana2 jua kita berada dan ketika. Adakalanya roda Islam diatas dan adakalanya roda Islam dibawah bergantung pada zaman mrk berada! Apa yang penting kefahaman AlQuran tetap berpegang-teguh. Masa akan tiba juga penyaringan dari segi pendidikan, pergaulan semasa, perkahwinan, keluarga, masyarakat dsbnya. Kesemua ini haya terpulang kpd individu dimana nasib dan takdirnya. Bukankah tunas dan tisu didik (culturing tissue) perlu disemai sehingga menjadi pohon yang rendang? Surah AlFath:29 ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَ‌اةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْ‌عٍ أَخْرَ‌جَ شَطْأَهُ فَآزَرَ‌هُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّ‌اعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ‌ ۗ Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu.
Wallahualam