Friday, October 5, 2012

# Anatomi Hati

Kalaulah kita tahu di mana hati sebenar hati, tentu akan ada kajian histologi, pathologi, tentang hasrat dan niat.

Tentu akan terbongkar ikhlas tidaknya persahabatan. Tentu pasangan ingin berumahtangga boleh menguji sejauhmana cinta. Tentu tersebar siapa munafiq, kuffar, dan fasiq. Hanya perlu ke klinik ambil ujian.

Begitu indahnya Tuhan mengaturkan; kita tidak tahu, hari ini, dan sepanjang zaman.

Tinggal kita mengukurtimbang hati sendiri.

- Dr. Haniff

___________________________________

 Saat dilupakan. Terjelepok.

3 comments:

Anonymous said...

sekali hati dipegang..
ianya akan berbentuk lain..

dan bila ianya dipegang lagi oleh tangan yang lain..
ianya akan berbentuk lain lagi..

pastikan tangan yang memegang tu, cukup halus supaya kita tak terluka..

walaupun hanya sekadar kawan..apatah lagi sahabat..:)

Najwa Najihah said...

untuk apa jua keadaan; memang, perlu, kena, pastikan tangan tu dah belajar softskills. aha!

luka pun tak boleh apatah lagi calar.

tajnur salam said...

Assalamualaikum wbt
Hati adalah milik Allah SWT. Hanya Dia sajalah yang yang dapat memegang dan membolak-balikkan hati manusia. Rasulullah saw pun jika tidak Allah SWT mengkhabarkan melalui Jibrail a.s. mmg tidak mengetahui nifaq hati orang disekelilingnya. Surah AtTaubah:101 وَمِمَّنْ حَوْلَكُم مِّنَ الْأَعْرَ‌ابِ مُنَافِقُونَ ۖ وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ مَرَ‌دُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْDan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.

Namun apa yang terpendam didalam hati akan terbit dan ternyata juga suatu ketika nanti. Surah AlAnaam:67 لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ‌ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.
Wallahualam