Monday, October 15, 2012

Kakanda

 *Tett*

Dingin pagi terasa hangat saat menerima satu pesanan ringkas.

"Oho, saya belum bersedia!" hati menjerit kecil.

------------------

Mata mula melilau mencari bahan di celah-celah lembaran buku, di tepi-tepi ruang maya juga di setiap sudut pemikiran.

Lelah.

Sedang asyik membelek beberapa bahan bercetak, saya terpandang satu kertas kumal. Oh, kertas ini hasil -kerjarajinhujungminggu- (baca: mengemas) ; setelah sekian lama mencari, akhirnya berjaya dijejaki semula.

Saat mata menatap lembaran kertas, ada sesuatu yang meluruhkan rasa.


Kakanda Siti Khadijah Abd Ghaffar a.k.a Sammaituha Najwa.

Perkenalan kami secara tak sengaja, ketika berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa dua tahun yang lalu. Walaupun pada hakikatnya saya telah mengenali kakanda lewat penulisan dalam GKLN. Namun ketika itu saya lebih menumpukan perhatian  kepada hasil penulisan Ustaz Asyraf, suami Ustazah Comel ini. Mungkin kerana Ustaz adalah senior saya. Kakanda Fatimah juga senior. Keterujaan sedikit apabila ada kaitan dengan sekolah lama. [>,<]

Walaupun baru berjumpa dan hanya menyapa dalam laman muka buku, saya dapat rasa kasih yang tulus daripada seorang kakanda. Entah mengapa. Mungkin kerana nama pena yang turut mempunyai nama saya? Mungkin.

Apa yang pasti dan jelas, perjuangan kakanda dalam mengaplikasi sunnah Nabi Muhammad, Kekasih tercinta, amat saya senangi. Saya sokong dari jauh! Moga diberi peluang untuk turut mengaplikasikannya kelak, insya Allah.

Saya rindukan kakanda. Sungguh, hanya Allah yang tahu. Doa jua kukirim penawar rindu.

----------------------------------------------------

Entri ini berbaur emosi. Maaf.

Gambar itu dilakar saat mata memandang pensyarah di hadapan, walhal pemikiran melayang-layang. Tangan ligat menggerakkan pena lalu terhasil lah... ohoi.....

***

Nyata, rindu itu mampu menggugah teguh jiwaku.

No comments: