Tuesday, October 16, 2012

Kita Berdiri Di Tingkap Itu

Kita Berdiri Di Tingkap Itu - T. Alias Taib

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang keluar. Ada taman,
Rumput hijau dan kembang gugur.
Angin menderu bagai orang bersedih.

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang taman. Seperti kembang
Gugur, begitulah masa depan kita,
Bertebaran di sana sini.

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang langit. Awan menghamilkan
Hujan. Begitulah hidup kita,
Sukar dibaca dan tak teramalkan.




2 comments:

Amirul Mohamed said...

Tahniah. Ada makna tersirat dalam puisi ini. :D

Najwa Najihah said...

puisi T. Alias Taib sentiasa ada makna tersirat. :)