Sunday, November 4, 2012

Comments

Malam suram menemani. Kelam. Sesekali bayu dingin meresap, menyapa tulang dan segala urat saraf di dalam tubuh. Sejuk. 

Malam hujung minggu yang asyik. Sengaja menjengil mata, menatap skrin yang terpapar walhal masih ada warkah sepi yang menanti untuk ditatap. ehem!

Sesekali menerawang di alam maya ini, pelbagai perkara baru dapat diterokai. Sebetulnya, dijumpai. 

Selama ini, saya hanya menyedari ini:



Dan malam ini, saya terperasan ini:



Oh, kasihan diri. Setelah hampir 3 tahun... 

- Jeda -

Malam ini adalah malam bermesra dengan blogger. 

Saya agak terkejut sebenarnya dengan penemuan ini. Kukira-kira, semua fungsi telah diteroka. Patutlah ada beberapa komen yang tidak saya jumpa dalam beberapa entri. Rupa-rupanya tersorok di spam

Akhirnya....
 
 

Begini keadaan otak saya buat seketika. Melilau mencari ke mana perginya komen-komen yang telah diubah status kepada non-spam. Satu persatu perlu dilihat. 

Agak-agaknya, macam mana ya untuk mengelakkan komen seseorang tu masuk spam?

Pengajaran: 

Rajinkan diri anda untuk menjenguk spam. Siapa tahu, ada komen bermakna di situ.

4 comments:

Anonymous said...

huhu...betol la...

pas kita 'not spam' mende tu..dye pei mane ek?
^^

Anonymous said...

banyak ke yg dalam spam? kena rajin2kan diri tu. =D

ikut post yg dikomen. melilau nak cari. kalau dekat2, ok juga.

Oh ye, kalau tak, jadi macam laci dalam gambar tu. =D

-najwa

Anonymous said...

huhu..xbanyak..cume jarang sket tgk..=)..

ok2..tq gtaw..

Anonymous said...

lepas ni, rajinkan diri. =D

-najwa