Friday, November 23, 2012

Tunggu (I)

Ada sesiapa suka menunggu? Sila angkat tangan.

Tahniah, anda abnormal.

Ops, sabar-sabar. Tunggu dulu penjelasannya. Anda punya pilihan untuk setuju atau tidak.

Sebagai seorang manusia, lazimnya seseorang itu tidak suka menunggu namun tak kisah kalau ditunggu. #macam tak adil pula.

Itulah hakikatnya hidup di dunia. Walau dalam apa jua keadaan, tunggu itu perlu. Tunggu ini bukan sekadar interaksi antara manusia tetapi terhadap apa yang berada di sekeliling kita.


Pandang ke kiri, ada pokok. 
Pandang ke kanan, ada kucing. 
Pandang belakang, ada dapur. 
Pandang depan, ada skrin. 
Ahah.

Pokok, bermula dengan biji benih. Perlu ditanam, disemai, dibaja dan dijaga. Akhirnya membesar dan memberi manfaat.

Kucing. Ada kucing datang, ada kucing beli, ada kucing yang diberi. Kucing yang gebu, penuh bulu yang lembut dan manja, perlukan jagaan dan perhatian yang rapi. Kucing juga memerlukan masa untuk memahami dan mengetahui.

Dapur. Jika Doraemon ada poket seumpama dapur, boleh keluarkan pelbagai jenis makanan, adakah kita juga ada poket yang sama?

Ada orang, punya poket yang berisi helaian wangi not bernilai, perlu ditukar untuk mewujudkan makanan di dapur. Ada pula yang lebih senang berhempas pulas mengadun pelbagai bahan di dapur untuk menghasilkan rasa yang boleh dimakan. Semuanya mengambil masa bukan?


Begitu juga dengan skrin yang terpampang di hadapan ini. Semuanya melalui proses dan proses itu melibatkan masa yang perlu ditunggu. Adakah ini bermaksud kita semua harus menjadi penunggu setia?

Tunggu kadangkala melelahkan. Ada juga menggembirakan. Semuanya bergantung kepada individu. Terdapat pelbagai cara untuk mengisi kekosongan itu.

Dan bahagian utama yang membantu mengisi kekosongan itu adalah akal dan jiwa. Ya, pasangan yang serasi ini, jika benar cara membentuknya, maka teraturlah hidup. Kalau diturut rasa yang kosong, hampa dan lelah serta amarah memenuhi jiwa.

Think positive! 

Berfikiran positif dan optimis!   

ii.

Bila nak habis ni? Dah puas berguling-guling.


Lelah sebenarnya menunggu video habis di 'download'. Seharian. Tapi berbaloi-baloi. ^_^ 

3 comments:

Anonymous said...

saya normal..

menunggu andainya sampai awal..tapi kalau tepat masanya..tggu jadi optional..^^

Anonymous said...

saya normal..

menunggu andainya sampai awal..tapi kalau tepat masanya..tggu jadi optional..^^

Najwa Najihah said...

Tahniah awak normal. ^_^