Sunday, January 27, 2013

Hey, pilih itu...

Lama, untuk pelbagai perkara.

Dan kali ini saya benar-benar mengambil intipati daripada status FB seorang abang yang budiman, Abang Shukri Mohd Ali. Oh ya, ada sedikit olahan daripada status asal.

-----

Ujian itu indah dalam derita. Di dunia kita diuji, di akhirat kita selamat ; jika kita sabar dan redha atas setiap ujian itu.

Hey, pilihan juga suatu ujian.

Iblis gagal dalam ujian lalu dilaknat kerana memilih untuk sombong. Muhammad diangkat sebagai manusia paling agung kerana berjaya dalam ujian dengan memilih untuk bersabar atas segala dugaan.

Ya, kita manusia sentiasa punya pilihan. Sentiasa punya ikhtiar.

Ikhtiar itu kan dari kata 'khair' iaitu baik? Maka ikhtiar itu adalah usaha untuk membuat pilihan yang lebih baik.

Esok bukan hujung minggu. ~




ii.


Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

haha..hari isnin hari cuti..ase cam ujung minggu gak kan?

^^

Najwa Najihah said...

hari cuti memang sentiasa macam hujung minggu. ^_^