Friday, May 24, 2013

Angin Jumaat.

Pagi ini, tiada alunan Budaya Al-Quran. Hanya sepoi-sepoi angin dingin menderu-deru. Seperti biasa, Jumaat sentiasa menyamankan. Tenang.

Cuti bermula. Cuti sekolah, cuti semester, dan hari ini cuti Wesak.

Cuti; berehat-rehat, bersiar-siar, bersama keluarga, bersama teman-teman, bercucuk tanam. Ada juga yang bekerja.

Sehari-hari, tiada istilah cuti sebenarnya. Duduk di rumah pun ada kerja yang perlu dilakukan walaupun sekadar menyapu sampah. Oh, lainlah untuk mereka yang punya pembantu di rumah, boleh bersenang-senang mengeluarkan arahan mengikut rasa. Oh kasihan mereka.

Semasa di sekolah dahulu, cuti memang menyeronokkan tapi... ada sahaja bekal yang perlu dibawa. Kata cikgu, "buat ingatan semasa cuti."

Kini, cuti semester, apa pula bekalannya?

Ada yang menganggap, "tak perlu bekal, cukup-cukuplah duduk di sini. Cuti, lupakan apa-apa yang berkaitan. Bebas." Ada juga yang rasa cuti bukan satu faktor untuk melupakan apa-apa yang berkaitan di sini.

Dan kita hanya ada 2 pilihan, sama ada hendak ingat atau lupa.

"Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain."

Rasa jauh, lupa, terabai, semua ini adalah faktor sampingan. Jika diri yakin akan isi hati dan pemikiran, pasti sentiasa segar, rapat dan ingat dalam ingatan walau tidak berhadapan.

Dan 1 perkara yang sentiasa mendekatkan, DOA.


Bekalan sedia ada, moga-moga mampu menampung rasa.



Selamat bercuti. Penuhi dengan perkara-perkara bermanfaat. Hasilnya untuk diri sendiri. Tempiasnya dinikmati bersama-sama.



No comments: