Musim cuti dan walimah, sinonim. Walaupun sekadar cuti hujung minggu, pasti ada jemputan walimah sekiranya tarikh bersesuaian. Sudah sampai waktunya, perlu disegera-segerakan. Perkara baik kata orang.
Dan malam hujung minggu terasa lama dan lambat jika mampu membebaskan diri dari segala macam tayangan-tayangan bergerak yang ada. Sesekali, ambil masa melihat ke dada langit, mendengar suara malam dan merasa dingin angin yang lalu. Seolah-olah bercerita kesemuanya. Dan masa perlahan-lahan berlalu.
Baiklah, panorama alam. Panorama manusia, bagaimana?
Sedang asyik menikmati angin malam, Atok bersuara, "Orang biasa tahu membazir. Orang kaya tak tahu membazir."
Terkulat-kulat seketika.
"Makan bila nak makan. Minum bila nak minum. Kalau makan dan minum berkali-kali, cari penyakit namanya. Bukan jadi sihat."
"Kenapa tok?"
"Cuba tengok majlis tadi. Atas meja bulat tu ada dulang yang boleh pusing-pusing. Pinggan sekeliling penuh dengan makanan yang tak habis. Kan membazir tu. Lebih baik guna hidangan macam biasa."
"Jemputan dia ramai yang special, sebab tu guna dulang pusing-pusing."
"Dia rasa duit yang ada tu lebih baik guna untuk perkara macam tu. Kan nampak hebat. Seronok. Orang akan cakap-cakap tentang majlis dia hari tu. Kepuasan untuk dia. Dia rasa tak ada sebab untuk membazir. Macam orang yang ada lori. Abu, ada 2 buah lori. Lori ni digunakan bergilir-gilir untuk kepuasan.Ahmad pun ada 2 buah lori. 1 lori untuk kegunaan dalam kawasan kebun dan 1 lori untuk kegunaan bandar. Ahmad dan Abu gunakan lori secara adil atau tak?
"Adil."
"Adil untuk Ahmad tapi bukan Abu. Abu tu seronok-seronok je. Tapi Ahmad, gunakan kemampuan yang dia ada tu elok-elok. Dia tahu bukan senang nak cari duit jadi nikmat yang dia dapat, dia gunakan sebaiknya. Sekarang, dah faham?"
"Oo. Patutlah, orang biasa tahu membazir, orang kaya tak tahu membazir."
"Jadi, rancang elok-elok. Elakkan membazir. Orang tak suka. Tuhan pun tak suka."
Pesan orang lama, ada benarnya. Kadangkala orang muda ni terlepas pandang. Jadi perlu rancang sesuatu dengan sebaiknya. Manfaat pasti untuk semua.
Ada orang selalu ingatkan tentang perkara ni. Moga sejahtera jiwanya...

No comments:
Post a Comment