Sunday, June 2, 2013

Dua Jun Dua Kosong Tiga Belas

Hari kedua dalam bulan terakhir penggal pertama tahun ini.

Dua Jun.

Saya terlupa bila kali terakhir saya meminta maaf.

Minta maaf sesungguh-sungguhnya.

Kepada saya, ibu bapa, dia, mereka, semua. Sesiapa sahaja.

Saya minta maaf untuk segala-galanya. Sama ada perkara tu saya sedar atau tidak sedar.

Beritahu saya ya, kalau ada salah silap. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Mungkin ada yang anggap semua ni dah lambat, terlambat.

Pada saya, selagi Allah masih beri peluang untuk bernafas di bumi ni, beribadah dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa, sentiasa ada ruang untuk apa jua keadaan. Selagi nafas masih bersisa.

Moga berbahagia duhai jiwa yang beriman...



Cuti masih berbaki 2 minggu.


No comments: