Asalnya manusia daripada tanah. Secara logiknya, mudah dibentuk. Apatah lagi tanah liat termasuk dalam jenis tanah yang digunakan.
Manusia tetap manusia meskipun asalnya daripada tanah.
Tiada mesin khusus untuk membentuk manusia seperti tembikar yang banyak dijual di Ayer Hitam mahupun Perak. Bayangkan jika manusia boleh dibentuk dengan mesin. Semua sama, tiada beza. Kurang pula nikmat hidup di dunia. Baiklah, ada elemen kurang bersyukur.
Manusia tak sama dengan tanah liat sedia ada sekarang, pokok yang boleh diukir atau pelbagai lagi makhluk selain manusia. Manusia unik, jelas.
Cara membentuknya juga unik. Mudah, kata orang. Cakap, senang. Cuba buat, baru tahu langit tinggi atau rendah. Selama ini hanya duduk dalam bangunan, tak sedar langit tak bertiang.
Ambil satu perkara, beri perhatian. Tetapkan jangka masa dalam sesuatu perkara. Moga jadi kelaziman.
Kalau tahu kail panjang sejengkal, usah duga lautan dalam.
Man jadda wajada.

No comments:
Post a Comment