"Hai awak, Cikgu ya?"
***
Cikgu cikgi semua, selamat kembali ke sekolah. Sama ada guru tetap, guru tak tetap, guru pelatih, atau sesiapa pun yang rasa dirinya guru, selamat mengajar semula. Ajar dari hati, moga terbentuk peribadi.
Baiklah, kali ini bukan masa untuk bercerita tentang sekolah. Tetapi nak berkongsi cerita yang didengar semasa tengah duduk minum-minum dengan orang yang dah makan garam.
Cikgu, mesti tahu mengajar, menaip, urus kelas, hias kelas, berfikir dan semua yang berkaitan sekolah. Tapi ada kemahiran lain yang cikgu perlu tahu, memasak. Semua cikgu perlu tahu masak, sekurang-kurangnya tahu cara nak goreng keropok atau makanan-makanan segera yang penuh perasa.
Kenapa?
Sekarang ni musim raya, sana sini penuh rumah terbuka. Di Johor, marhaban adalah aktiviti kemasyarakatan yang popular. Dari petang hingga ke malam, penuh jiran tetangga, penuh makanan di meja. Dan makanan itu perlu ada orang yang memasaknya.
Jika kita biasa menempah makanan daripada seorang makcik yang pandai masak dan tak berkira, mudah sahaja urusan. Telefon, beritahu menu dan masa, makanan sampai. Bayangkan jika makcik itu sakit dan tak dapat masak makanan untuk marhaban atau hari terbuka rumah kita dalam masa terdekat, apa yang akan jadi?
Kita mula terkenang, tengok makcik tu masak senang je, campak-campak, siap, sedap. Sekarang, sakit pula. Nak campak pun tak larat. Akhirnya, termangu-mangu pula nak cari tempat baharu untuk menempah makanan. Menu pula, bajet entah berapa. Pening.
Maka beruntunglah kepada sesiapa, khususnya cikgu cikgi yang pandai memasak. Tak perlu fikir nak tempah di mana, bajet berapa, sakit atau tak. Semuanya dapat dilakukan dengan kudrat yang ada. Lagi beruntung jika pasangan juga memahami dan tahu memasak. Maklumlah, rakan sekerja bukan seorang dua. Sekali bertandang, penuh meja.
Sesi menung- termenung juga dapat dielakkan. Senang hidup.
Hasil pendengaran saya pada waktu tu, walau siapa pun kita nanti, tak semestinya cikgu cikgi, perlu ada kemahiran lain apatah lagi berkaitan hidup. Memasak, antara perkara penting juga dalam kehidupan. Oh, mungkin kurang penting untuk mereka yang mempunyai wang berkepok-kepok dan memilih untuk makan di luar setiap masa.
Belajar untuk ke dapur, kenal-kenal barang dapur, cara guna barang-barang dapur. Sekurang-kurangnya, kalau tak pandai masak, boleh juga tolong-tolong apa yang patut. Dan nak tahu masak ni, tak semestinya kena ada ijazah. Buka tv dan pilih rancangan mana yang berkenan. Sekarang, pelbagai rancangan ajar tentang cara memasak, nak atau tak nak saja.
Oh ya, belajar masak, untung dan menguntungkan. Bahagia-membahagiakan. Maka bergembiralah kepada sesiapa yang tahu memasak atau pasangannya mahir memasak.
Saya? Masih lagi belajar. Minta tunjuk ajar ya. ^.^

No comments:
Post a Comment