Wednesday, December 31, 2014

Menunggu

Menunggu - Baha Zain

Malam itu aku terlalu letih
Untuk menulis
Beban senja
Menunggu bagai mimpi
Antara bayang dan jaga
Sepi dan lara

Wahai pelayan
Sekiranya dia datang
Katakan aku telah memberi engkau tip
Yang lumayan
Kerana engkau telah jadi teman bicara
Yang kasihan pada pelanggannya

Malam ini akhirnya aku mengerti
Perasaanmu semakin cair
Jagaku duka
Mimpiku terluka

Selamat tinggal bangku cinta
Dan segelas air di meja.

( Jalan Desa Ke Kota, Pustaka Cipta 1994 )

Wednesday, October 15, 2014

Bahagia oh bahagia..


Peliharalah 7 perkara untuk bahagia:

1- Jangan membenci sesorang walau dia buat salah pada kamu.
2- Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa kepada Allah.
3- Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta.
4- Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah dan hendaklah bersangka baik kwpada Allah.
5- Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripda menerima pemberian (iaitu walau org x bg kt kita).
6- Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka.
7- Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya..

Cuba kita pakat amalkan..
in sya' Allah kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat... #LMK 22/12/13.

[Dr. Abu Anas Madani] 

Thursday, July 17, 2014

Terima kasih sayang...

bahagia...andai itu yang kita cari...kita akan jumpa...dan kalau derita yang kita tempah...kita akan dapat...sentiasa beringat...dan..action...bukan cakap je..

Friday, May 23, 2014

Bukan seronok-ronok.

Perkahwinan perlu dirancang sehingga pelamin bahkan lampin.

Sedang ambil 'ibrah cerita kawan-kawan yang bersengkang mata mendodoikan anak pada pukul 3 pagi. Menyediakan sarapan dan mengemas rumahula selepas itu. Sedangkan dia perlu ke pejabat jam 7 pagi sehingga 8 malam.

Sebelum itu, dia bersabar dengan karenah isterinya yang sedang mengandung diuji alahan tidak suka aroma badan suami.

Sebelum itu, dia berusaha mencukupkan duit sara keluarga kecilnya dengan memotong banyak peruntukan hobinya seperti memancing, melancong dan mengeteh.

Sebelum itu, dia berjaya menawan sendiri hati mertua, meyakinkan sendiri hati ayah bonda, bukannya merengak-rengek untuk dibantu oleh pihak ketiga.

Sebelum itu, dia sangat sedar siapa dirinya dan siapa pula wanita pilihannya.

Sesungguhnya, perkahwinan itu separa kehidupan, pilihlah ia dengan sebuah kematangan dan kesedaran. Matang dan sedar itulah yang hilang ketika teruna dan dara sedang mabuk cinta.

~ قد شغفها حبا~

#kopiteh dari HassanHusaini.com

Saturday, March 8, 2014

Mampu!

Seberat manapun ujian dan dugaan yang anda tempuhi, percayalah anda mampu dan boleh menghadapi, menangani dan mengatasinya iaitu dengan hati yang redha dengan ketentuanNya, kesabaran, ikhtiar, doa dan tawakal yang berterusan. 


Firman Allah SWT:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Quran, surah al-Baqarah ayat 286)

Jalan penyelesaian terbentang bagi mereka yang memandang dengan fikiran yang terbuka dan melihat dengan hati bersih.


Thursday, December 19, 2013

Monday, December 9, 2013

Cuti. Langit mencurah. Bumi basah, menadah.

Tiap sesuatu adalah kurnia. Baik buruk, pada pandangan kita. Namun itulah kurnia Yang Maha Esa.

Dia mahu kita belajar menerusi kurnia. Hingga hujung nyawa.