Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

Mampu!

Seberat manapun ujian dan dugaan yang anda tempuhi, percayalah anda mampu dan boleh menghadapi, menangani dan mengatasinya iaitu dengan hati yang redha dengan ketentuanNya, kesabaran, ikhtiar, doa dan tawakal yang berterusan. 


Firman Allah SWT:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Quran, surah al-Baqarah ayat 286)

Jalan penyelesaian terbentang bagi mereka yang memandang dengan fikiran yang terbuka dan melihat dengan hati bersih.


Monday, May 20, 2013

mirip-mirip...

Puan Ain Muhammad, isteri Tuan Shamsuddin Kadir. Baru sahaja mengenali beliau. Kebetulan, beliau ada berkongsi perihal yang hampir sama dengan post sebelum ni.

Menarik untuk difikirkan dan difahami. Fikir-fikirkan...

***

Bismillah.

Ini pesanan Tuan suami apabila saya ingin melakukan sesuatu kerja....

“Peluang itu adalah ruang. Orang yang merebut peluang adalah sebenarnya orang merebut satu ruang yang sudah sedia ada. Merebut ruang itu, jika tiada ruang, orang itu akan terus menanti dan menanti ruang yang ada tanpa berusaha melakukan sesuatu yang terbaik baginya. Ini belum tentu Berjaya.

Contohnya, “Sebuah bilik yang kecil, apabila ada sekumpulan orang yang ingin tidur di bilik yang sama, maka akan berlaku perebutan bagi menguasai bilik itu. Orang yang Berjaya akan dapat memasuki bilik itu. Manakala yang gagal tidak dapat menikmati tidur yang diidamkan di dalam bilik itu.”

- Maknanya mereka yang gagal terpaksa menunggu sehingga apabila orang yang berjaya itu keluar daripada bilik itu atau terpaksa menunggu sehingga ada bilik baru yang disediakan, itupun jika ada. (dilema orang yang merebut peluang – kebanyakkannya buang masa).

- Orang yang mencipta peluang pula sebenarnya mencipta ruang tanpa perlu menunggu ruang itu disediakan oleh orang lain. Sebab orang yang mencipta peluang itu adalah orang yang memulakan sesuatu tanpa menoleh ke belakang dan hanya mendengar kata hatinya sahaja. Satu ruang yang ada akan sentiasa ada ruang lain lagi yang perlu di nikmati olehnya. Jika dia inginkan biliknya menghadap bulan, dia membinanya menghadap bulan di langit. Segala hajatnya dapat dipenuhi tanpa perlu berebut dengan orang yang hidup semata-mata ingin merebut peluang yang ada. Dia akan dapat menyiapkannya pada bila-bila masa dan tidak terikat pada ‘apa kata orang’. Saiz bilik itu pun terpulang pada keinginan dia, jika dia inginkan yang besar, dia buat yang besar…..”

Pesanan beliau ini saya jadikannya sebagai sebahagian cerita dalam Buku Garaj Aiman.

Sunday, May 19, 2013

Ms [take] .s

Silap? Semua orang pernah buat silap. Selagi bergelar manusia, peluang untuk buat silap sentiasa ada.

Silap ni, sengaja atau tak sengaja?




Kata-kata anonymous. Ada benarnya. Sesuatu perkara yang pernah dilakukan, seharusnya diingat dan jika baik, diulang. Jika sebaliknya, dihindar.

Kesilapan, antara cikgu terpenting. Cikgu? Ya. Apabila melakukan kesilapan, tersedar atau disedarkan, pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari. Seharusnya ada perkara yang dapat dipelajari sebab manusia yang melakukannya, bukan haiwan.

Setiap kesilapan yang berlaku, sebenarnya mendorong ke arah matlamat diri. Setiap kali tersilap, ada sesi muhasabah dan proses muhasabah diri perlu sentiasa. Tapi ada yang memilih untuk terus menerus menyalahkan kesilapan. Ada yang tak ambil pengajaran.

Kesilapan yang paling sakit adalah memilih untuk berdiam diri, tak buat apa-apa sebab takut, terlalu takut untuk buat silap.

Sampai bila perlu teragak-agak? Teruskan. Buat sesuatu dengan yakin, fikir secara rasional dan bertindak pantas. Tinggalkan ragu-ragu yang dibina sendiri dalam pemikiran. Elakkan dari terus menerus menyalahkan diri. Kalau diri sendiri tak tahu menghargai, macam mana nak hargai orang lain?

Kata orang, hidup adalah peluang. Tunggu peluang. Hakikat? Mendapat atau tunggu peluang, hanya 0.01%. Selebihnya adalah perihal rebut peluang. Ya, rebut peluang. Dalam apa jua situasi, nampak ada peluang, rebut. Kalau tunggu, silap hari bulan, putih mata.

Rebut peluang. Tak bermaksud akan berhasil 100%. Yang pasti, kalau tak diusahakan untuk rebut atau cari peluang, 100% tak akan dapat apa-apa. Tunggu apa lagi? Menunggu? Most of the time you just have to go for it!

Usah risau tentang bagaimana pengakhirannya atau hasil yang bakal diterima. Setiap peluang pasti akan bertemu titik akhir. Sama ada berjaya atau dapat sesuatu untuk diambil iktibar. Kedua-duanya bermanfaat. Perkara yang penting adalah sejauh mana usaha yang dilakukan untuk memulakan langkah pertama.

Ingat, tak cuba, tak tahu. Memang tak akan pernah tahu potensi yang ada dalam diri atau hakikat diri. Kalau tak cuba, sampai bila-bila pun tak akan berganjak. Tetap dalam lubang yang sama, silap-silap lubang makin dalam dan tenggelam. Mati tertimbus. Haru.

Percayalah, setiap perkara ada risiko dan perlu berani menghadapinya. Rebut peluang! Sementara hidup masih bersisa.

***

Ya Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Mu.... Tuntunilah hati-hati kami di atas jalan-Mu...

Friday, May 10, 2013

Toleransi

"moga masa dan manusia memberi ruang dan peluang."

Ini adalah toleransi.

Toleransi hanya melibatkan sesama manusia? Silap besar.

Di dunia, manusia bukan penghuni mutlak. Ada haiwan, ada tumbuhan, ada jin, ada pelbagai benda hatta masa turut diambil kira.

Hidup ini boleh diibaratkan seperti eksperimen di makmal sains. Lebih tepat, lab report. Ada pemboleh ubah malar, pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Perkara utama perlu tahu sebelum mula eksperimen.

Sekarang:

Dunia adalah tempat eksperimen.
Manusia, pemboleh ubah manipulasi.
Pemboleh ubah malar? Tumbuhan, batu, kayu, sungai hatta masa.
Pemboleh ubah bergerak balas? Bergantung kepada keadaan.

Hasil? Bergantung kepada jalan hidup masing-masing.

Satu perkara perlu diingat: Masa tidak pernah bermain dengan manusia.

Tapi, manusia sering bermain dengan masa. Mempermainkan masa. Pandang enteng akan masa.

Akhirnya, ada yang rugi. Namun beruntung kepada mereka yang mengambil pengajaran.


ii.




Thursday, May 9, 2013

men-tho-lathum

'Life is easy'


Ada orang anggap ayat ni seolah-olah memperlekehkan hidup dan segala isinya.
Ada orang rasa ayat ni untuk memudahkan semua perkara hingga ada yang ambil mudah.
Ada orang baca ayat ni dengan penuh makna.


Pemikiran manusia berbeza.


Aspek yang lebih mudah, analogi lain:

Setiap orang ada telinga; kiri dan kanan. Ada tangan; kiri dan kanan.


Ada orang memilih untuk pegang telinga yang mudah dicapai tangan, tangan kanan memegang telinga kanan, tangan kiri memegang telinga kiri.
Ada orang menyilang tangan di hadapan untuk memegang telinga yang bertentangan.
Ada juga orang yang melalui belakang kepala semata-mata untuk memegang telinga yang bertentangan.


Semua ini adalah pilihan. Sejauhmana seseorang itu melihat dan mentafsir sesuatu keadaan mengikut kesesuaian. Dan pilihan itu sedikit sebanyak mencorak kehidupan seorang insan.


Hakikatnya, hidup memang mudah jika kita tahu bagaimana hendak menguruskannya; mengikut aturan rasional.


ii.

Tuan budiman, terima kasih.


Benarlah pesan Atok,

Ingat itu rahmat, lupa itu penyakit.
Ingat bawa nikmat, lupa bawa sakit.

Wednesday, April 17, 2013

beringat

Kejahilan dan kedegilan diri sendiri pada masa lalu
sewajarnya menimbulkan kesabaran
menghadapi kedegilan dan kejahilan orang lain masa kini. 
[Pahrol Juoi]
Diri sendiri, teras utama sesuatu perkara.
Betul diri, mudah untuk menguruskan persekitaran.
Beringat selalu. 

Friday, April 12, 2013

Pesan UZAR

Ini tazkirah seawal pagi. Beringat-ingat duhai orang muda.

***



[Dari dinding FB Ustaz Zaharuddin Abd Rahman]

Menurut pendapat saya (BUKAN FATWA), KURANG BERADAB dan TIDAK SEPATUTNYA seseorang berdoa istikharah seperti gambar yang agak lucu itu. 

Kerana ia menunjukkan seolah seseorang itu lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya melebihi Allah subhanahu wata'ala. 

Beradab dan yakin dengan Allah adalah kunci bahagia justeru doalah agar Allah mengilhamkan, memudahkan dan melorongkan apa yang terbaik buat kita dan bukan menekan agar taqdir mesti mengikut kehendak kita dalam situasi apapun. 

Boleh jika nak minta sesuatu darihal dunia secara specifik tetapi jangan lupa ikat ia dengan 'JIKA IA BAIK UNTUK DUNIA DAN AKHIRATKU'.
Ini doa yang betul

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ

Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan ilmuMu..

وَاَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ

Dan aku memohon kuasa kepadaMu dengan kuasaMu..

وَاسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ

Dan aku memohan kepadaMu kurniaanMu yang Maha Agung..

فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ اَقْدِرُ

Kerana sesungguhnya Engkau yang berkuasa dan aku tidak mempunyai kuasa..

وَتَعْلَمُ وَلاَ اَعْلَمُ

Dan Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui..

وَاَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ

Dan Engkau mengetahui perkara-perkara ghaib..

اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِيْنِى وَمَعَاشِ وَعَاقِبَةِ اَمْرِى

Ya Allah, andai Engkau Mengetahui, bahawa urusan ini baik untukku, dalam agamaku, kehidupanku dan akibat kesudahan urusanku..

فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسِّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيْهِ

Takdirkannya (urusan itu) untukku dan permudahkannya untukku, dan berkatilah aku padanya..

وَاِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ شَرُّ لِى فِى دِيْنِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ اَمْرِ

Dan jika Engkau Mengetahui, bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupanku dan akibat kesudahan urusanku..

فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِافْرِفْنِى عَنْهُ

Jauhkan ia dariku, dan jauhkan aku darinya..

وَاقْدُرْ لِى الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ اَرْضِنِى

Dan taqdirkan untukku kebaikan apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya..

*****

Istikharah bukan khusus untuk pembinaan Baitul Muslim sahaja ya.

Hidup penuh pilihan. Istikharah diperlukan dalam setiap pililhan.

Moga terarah hidup, dunia dan akhirat..

Sunday, April 7, 2013

push. hush

Orang yang hidup untuk dirinya sendiri 
sebenarnya 
orang itu tidak layak untuk hidup. 
[Pepatah Arab]

ii.

kucing ni rukun saja bersama-sama.

manusia bagaimana?
  


Thursday, March 21, 2013

separuh bintang separuh bulan,
macam mana langit hendak terang ;
separuh amal separuh tinggal,
macam mana Allah dan Nabi nak sayang.

sunyi. renung. muhasabah. selamat malam jiwa-jiwa yang dikasihi Tuhan! :)


#Abang Bohemian, terima kasih!

Tuesday, March 19, 2013

Kita ada keistimewaan kita. Orang lain ada keistimewaan mereka.

Tak perlulah ubah diri kita untuk jadi orang lain.

Kalau kita sibuk mahu jadi orang lain, siapa pula yang hendak jadi diri kita?

Bersyukurlah.

Monday, March 18, 2013

Sedikit. Banyak.

the breeze at dawn has secrets to tell you.
don’t go back to sleep.

you must ask for what you really want.
don’t go back to sleep.

- Rumi

Thursday, March 14, 2013

'Kawan'

Jangan kerana kekurangan yang kecil, kita terus melupakan segala kebaikan yang ada pada kawan-kawan kita.

Hakikatnya manusia tidak cukup sekadar berkawan, tetapi perlu difahami akan makna 'kawan'adalah manusia juga.

Well said Qawiem.

Wednesday, March 13, 2013

Soleh, Tholeh

Salahkah merasa sedih dan sakit hati? 

Tidak, kerana perasaan itu manusiawi dan selama mana rasa itu berada dalam kawalan serta dihadapi dengan sabar serta keyakinan bahawa itu semua sebagai satu jalan menghapus dosa di sisi ar Rahman.

Ia satu kebaikan yang hadir bersama keburukan yang menimpa :)

Sebagaimana Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, untuk menjadi seorang insan yang baik dan soleh, bukan sekadar ALLAH menghadirkan orang-orang yang baik, soleh, cute dan comel akhlaknya semata, tetapi juga orang-orang yang berkeperibadian sebaliknya supaya kita merenung, mengambil iktibar dan pedoman bahawa hidup ini ujian; dalam setiap kebaikan dan keburukan ada kasih sayang TUHAN untuk mendidik sifat syukur dan sabar :))


Titipan kasih Kakanda Noraslina Juslin.

ii.
Sejauhmana seseorang itu mampu melihat ke dalam lapisan seterusnya untuk mengharungi kehidupan yang mendatang, mempengaruhi setiap perilakunya sama ada secara sedar atau tidak.

Adakah mahu menjadi insan terbaik, soleh, dan segala yang positif, secara sendirian?

Saya sayang mereka yang berada di sekeliling saya. Saya mahu mereka bersama-sama dengan saya kelak. 

Kiri atau kanan. Bersih atau kotor. 

Pilihan di tangan individu.

Sunday, March 3, 2013

Silau

Berapa ramai orang yang 'silau' dengan kejayaan yang dikecapi dalam hidupnya; merasa seolah-oleh kejayaan itu hasil dari usahanya sendiri, sedangkan jika direnung-renung dengan mata hati, tiada orang yang berjaya kerana 'dirinya sendiri', pasti ada orang lain yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan yang dibangga-banggakan itu.

Terlalu sering dan berlama-lama di hadapan cermin, lantas yang terlihat hanyalah refleksi diri sehingga mata jadi kabur pada kelibat insan lain di belakang...

Manusia jadi mabuk oleh bisikan-bisikan tentang hebatnya diri, hingga kita tidak lagi mampu mendengar teriakan kejujuran dari jiwa nurani :

"Engkau berjaya bukan kerana dirimu semata, tetapi kerana bantuan dan doa insan yang mengasihimu dan terlebih dari itu, kerana izin dari DIA Yang Maha Tahu!"

Sudahkah kita menginsafi ini?
[Ustazah Noraslina Juslin]
-Jeda- 
Saya selalu terlupa. Apatah lagi menghargai mereka yang berada di sisi.
Terima kasih kerana sudi di sisi walau apa pun yang terjadi. 
Ya Rabb, 
jiwa insan-insan di sekelilingku mendamba kelembutan dan keredhaan- Mu, mencari sinar di sebalik kesuraman; maka Ya Rabb, rahmatilah mereka.
 

Thursday, February 28, 2013

Ma fi...




Setiap detik dan nafas
hanyalah milik- Mu...

Setiap rasa dan lafaz
hanyalah atas kekuasaan- Mu...
Izin- Mu...

Ya Latif...

Tuesday, February 26, 2013

This is me reminding myself, in case I forget, again :



"Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us." 
We have to believe He does."

Wednesday, February 20, 2013

Pagi ini penuh rahmat, bersama teman yang dikasihi.

[kopiteh dari sini]

"masa singkat nian, cepatnya hari demi hari meninggalkan diri, yang tertinggal adalah jejak yang kosong atau berisi? semakin bertambah soal pada diri, adakah bersedia jawapan hari Nanti? Jika mendengar kisah lemahnya dia, semoga doa yang terhantar, dan pengajaran yang dipelajari, sebab dalam lemahnya seseorang, ada kekuatan dalam diri setiap yang bernama manusia. Fokusnya seseorang pada sesuatu, ada kurangnya dia pada sisi lain. Manusia bukan mesin, dan bukan juga sekadar bermain emosi. Dalam setiap pahit manis ada rahmat. Pesan ustaz Ebit dalam IKIM, ingat, walau apa yang terjadi ada rahmat! Ingat ini selalu dalam diri.
"Ada rahmat. ada rahmat. ada rahmat."
nescaya, kamu akan tenang."

"clumsy. kalut. gelabah"

***

Sisi-sisi tersembunyi hanya mampu dilihat dengan mata hati.

Monday, February 18, 2013

Dikau yang tersenyum manis

Kehadapan dikau, si manis.

Kiriman ini khusus buatmu, si manis yang disayangi. Lewat titipan kakanda Azizah Aling di dinding FB.

***

Buat semua wanita yang aku cintai kerana Allah azzawajalla.

Wanita mukminah yang mahu menjaga kemuliaan nama agama perlu menjaga keterampilan diri.

Saat kita tahu bahawa kita mahu berada dalam khalayak banyak, kita pastikan mulut tidak berbau, tiada bau badan, baju yang dipakai bersih dan tidak hapak bagi membolehkan komunikasi kita dengan orang ramai berlaku dengan selesa.

Berstokin dengan elok tanpa ada bau yang tidak enak.

Bertudung litup dengan labuh yang menutupi dada.

Apa yang kita tampilkan, sedikit sebanyak ia akan menggambarkan sebahagian takah iman. Wanita mukminah itu, saat dipandang, hati berasa tenang, terzahir kemuliaan tanpa perlu diagung-agungkan.


***

Si manisku,
ketahuilah bahawasanya cakap berdegar-degar tidak akan membawa makna jika tiada amalan yang dilazimi. Suburnya sesuatu ilmu itu menerusi kefahaman lalu diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Sebiji benih yang dicambah tidak akan mampu menjadi pohon yang subur jika tidak dibaja dan disiram.

Ingatan bersama buat kakanda dan adinda yang dikasihi.

Salam sayang,
Thee

Thursday, February 7, 2013

Kala diri mengasak, mendesak, meminta-minta agar dipenuhi setiap angan dan rasa, usah terus menurut bisu.

Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

***



maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?