Booster
Oleh: Abdul Rahman bin Ramdzan, Tahun 6, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah
Peperiksaan memang kadang kala
membuatkan rutin harian kita agak terganggu sehingga membuatkan
seseorang itu terjerumus untuk menjadi tertekan atau pun stres.
Sebenarnya stres adalah perkara biasa
yang akan dihadapi oleh seseorang. Isunya di sini bagaimana seseorang
itu menangani stres sedangkan Allah telah menjadikan sistem badan kita
berupaya menghadapi apa jua tekanan yang berlaku dengan penghasilan
hormon kortisol.
Menghadapi tekanan lebih-lebih lagi pada
musim peperiksaan ini bukanlah perkara yang mudah sehingga ada di
kalangan kita yang telah sampai ke tahap ‘exam stress sindrome’ dengan menunjukkan tanda-tandanya seperti insomnia(sukar tidur) dan hyperphagia(kuat makan). Jadi di sini ada beberapa tip yang ingin dikongsikan seperti:
- Menjaga waktu tidur dan mendapat rehat yang secukupnya
- Amalkan bangun sebelum waktu fajar dan hanya mengambil sedikit rehat (nap) sebelum atau selepas Zohor
- Mengambil hidangan makanan sihat yang sedikit tetapi enam kali sehari
- Mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
- Dianjurkan untuk mengambil makanan yang akan menjadikan kita gembira seperti pisang, kurma, epal hijau dan coklat
- Dianjurkan untuk keluar berjalan-jalan melihat alam selama 15 minit
- Yang paling penting sekali adalah dengan mendekatkan diri dengan pencipta kita
Namun, tanpa kita sedari ketika kita
sedang diserang demam peperiksaan ini dan menghadapi stres, terdapat
satu pasukan yang sedang sibuk melekakan kita agar kita jauh
daripada-Nya.
Ketahuilah penipuan yang dibuat oleh
mereka agar kita mampu mengelak dari terperdaya dengan tipu daya mereka.
Syaitan sengaja menjadikan kita leka dengan belajar sehingga kita lupa
dengan suruhan Allah.
Analogi mudah:
Kita masih boleh melengah-lengahkan
solat sedangkan iqamah sedang dilaungkan di masjid. Gara-gara ingin
habiskan target sehari, kita gadaikan Subuh berjemaah kita di masjid
dengan stay up hingga larut malam. Dulu kita mampu mentadabur
Al-Quran tetapi sekarang membacanya pun mungkin tidak sempat lagi. Itu
belum lagi dengan zikir mathurat dan qiamulailnya. Entah lari ke mana
semuanya. Kesian rohani kita kurus kering pada tika ini.
Dari luaran memanglah nampak baik kita
belajar bersungguh-sungguh tetapi awas itulah strategi meraka untuk
melalaikan kita daripada melakukan perintah Allah. Sama-samalah kita
muhasabah diri. Tepuk dada tanya iman!
Sepatutnya pada saat ini kita makin
dekat dengan-Nya. Hubungan dan pandangan-Nya yang kita dahulukan. Sebab
kita tahu kita hamba-Nya yang hanya mampu merancang tetapi tidak mampu
menentukan. Kita perlu yakin yang Dia yang memberi ilham untuk menjawab
dalam peperiksaan nanti bukan kerana usaha kita. Walau banyak mana kita
belajar sekali pun jika kita tidak menjaga hubungan dengan-Nya, maka
mana tahu pada hari peperiksaan itu kita demam ataupun blank atas sebab Dia murka dengan kita (na’uzubillah min zalik).
Yakinlah hanya Allah sahaja yang mampu melakukan segalanya dan niat
yang bersih, belajar hanya kerana-Nya, InsyaAllah akan Dia permudahkan
segalanya…
Oleh sebab itu, ada berapa garis panduan untuk kita amalkan agar kita masih mampu menyukakan Allah:
- Solat lima waktu secara berjemaah di masjid pada awal waktu serta sunat rawatib
- Baca Al-Quran dan tadabur
- Qiamullail
- Puasa sunat
- Zikir dan mathurat pagi dan petang
Inilah yang paling kurang kita lakukan
pada musim peperiksaan ini. Memang tidak dinafikan, masa sangat tidak
mencukupi untuk kita menghabiskan semua pelajaran. Tetapi janganlah pula
ia dijadikan alasan agar kita jauh daripada-Nya. Ingat, kita
bersemangat untuk menegakkan Islam, lagak pejuang Islam tetapi jika
ujian dunia ini sudah meruntuhkan Islam dalam diri kita jadi bagaimana
hendak tertegaknya Islam ke seantero dunia. Fikirkanlah.
“Jadikanlah peperiksaan ini hanya sebagai booster yakni pencetus tetapi bukanlah sebagai matlamat untuk kita belajar agar terpelihara niat kita belajar kerana Allah SWT.”
------------------------------------------------------
T___T
No comments:
Post a Comment