Saturday, June 8, 2013

Dinamakan Wang.

Manusia dan wang; macam irama dan lagu. Zaman sekarang, wang bukan kehendak, tapi keperluan. Wang; boleh jadi tuan atau hamba. Wang dan duit, sama sahaja bentuknya namun berbeza dari segi penggunaan dan maksudnya terhadap setiap individu.

Saya gemar ziarah FB Tuan Shamsuddin Kadir. Banyak cerita berkaitan wang yang dapat saya ikuti. Dan untuk kisah kali ini, kita kongsi bersama ya. Ops, tak ada niat 'racist'.

***

Bismillah. Seorang sifu kewangan saya, beliau merupakan seorang wanita berbangsa Cina yang kembali kepada fitrah manusia.

Beliau sudah diajar oleh ibu bapanya supaya jangan berhutang, sekiranya tiada duit, jangan sesekali pergi berhutang dengan seseorang. Jangan beli apa yang kita inginkan selagi tiada duit, hutang ini sangat bahaya.

Apabila berkahwin dengan seorang lelaki 'berbangsa' Melayu, beliau mengamalkan sistem yang diajar oleh ibu bapanya itu. Beliau senaraikan keperluan barangan dalam rumah termasuk peti sejuk, periuk, kerusi, sofa dan sebagainya. Beliau membeli satu persatu mengikut senarai keutamaan (yang penting didahulukan). Akhirnya beliau dapat memiliki semua yang diperlukan dan dimahukan secara tunai.

Suaminya mempunyai tabiat yang sedikit berbeza di mana suaminya menggunakan kad kredit (kad hutang), terdapat perbezaan cara berbelanja antara dirinya dan suaminya. Akhirnya, mereka terpaksa menjual sebuah rumah yang mereka miliki di Ampang Indah, kerana ingin menjelaskan hutang kad kredit sebanyak lebih dari RM 70,000.

Sifu saya ini berpesan kepada saya 'Jangan berhutang dalam perkara yang kita boleh menyimpan duit terlebih dahulu, kecuali di dalam hal besar seperti pembelian rumah, kita hampir terpaksa membeli secara hutang'.

Malaysia | Shamsuddin Kadir



-Jeda-


Dalam menempuh hidup yang berbaki, terdapat pelbagai ragam dan warna di sekeliling yang mencorakkan kehidupan seharian. Cerah, terang, kusam, malap, pelangi ataupun senada. Individu sendiri yang menentukannya. Ada juga yang selesa dengan tempias-tempias warna sekeliling hingga tenggelam corak kendiri.

Sekarang, seolah-olah menjadi budaya pula, melaburkan wang pada tempat atau hal yang kurang bermanfaat. Manfaat seketika. Sekadar memuaskan kehendak hati. Nafsu.

Maaf cakap. Terlupa pula, lain tanah lain ragam. Hanya melihat suasana yang terhampar. Moga-moga disebaliknya masih ada ruang muhasabah. 


Mendoakan yang terbaik buat semua. Insan marhaen, moga kuat saat menghadapinya kelak.

No comments: