Friday, June 7, 2013

Makan.

Makan; untuk hidup atau untuk sihat?

Makan adalah rutin seharian. Setiap hari, perlu makan. Dan yang dimakan bukan hanya makanan semata-mata. Ada angin, ada air, ada macam-macam yang boleh dimakan.

Adakah semua yang dimakan itu membahagiakan?

Ada yang memilih untuk makan yang membawa duka. Kadangkala tak sedar pun dah makan. Inilah dia, makan hati.

Hati dan adik beradiknya, sedap dimakan. Bertambah enak kalau milik ayam, digoreng kunyit, nikmat. Tapi bukan ini yang ingin saya maksudkan.

Makan hati. Menyimpan perasaan yang kurang enak sendirian. Simpan dalam diri, dalam hati untuk tempoh yang lama. Hingga ke mati barangkali.

Perasaan sebegini jika dibiarkan menetap di dalam diri, lama kelamaan akan menjadi kudis. Kurang menyenangkan dan sakit. Hari demi hari makin melarat dan menjadi beban. Akhirnya sakit lain pun menyinggah, menempel bersama-sama kudis yang tak nyata.

Apabila sudah melarat, baru tersedar. Oh, makan hati rupanya. Masa itu sudah terlambat, kudis dah melarat. Nak sembuh memang lambat. Menyesal tak sudah.

Sebenarnya apa yang ada di dalam mulut atau hati hingga berat untuk berkata-kata? Emas, permata, bunga atau perasaan berbungkal-bungkal?

Tetapkan diri saat mula makan hati. Berterus terang mengenai sesuatu perkara dan bertanya kepada yang berkenaan dengan segera. Usah simpan. Makan hati sangat tidak enak. Harus diingat, emosional tidak boleh menemani. Emosional dan tenang, tak sekufu. Pasti sahaja diri akan terus berbolak balik. Akhirnya, terus makan hati.

Aduhai insan, makan hati bukan juadah bestari. Hidup pasti penuh resah gelisah. Dunia ini perlu dijalani dengan penuh rasa nikmat dan tenang. Teguhkan hati, hadapi realiti.

Someone said, "If there is a real kind words to say is worth saying it straight."



Jumaat barakah. Tiap minit sarat waktu mustajab. Meminta hanya kepada-Nya, ketabahan dan kekuatan jiwa.


Selamat berbahagia duhai jiwa-jiwa yang penyayang.


4 comments:

weirdo_stranger said...

moga jiwa-jiwa tu bahagia...

apa jua keadaan..apa jua cara...

bahagia pilihan sendiri...

Najwa Najihah said...

Amin Ya Rabb... Ya Hannan...

Ye, moga bahagia sentiasa jadi pilihan. ada ke yang sanggup memilih derita?

weirdo_stranger said...

siapa yang sanggup..tapi tanpa sedar..ramai yang memilih jalan tu..

moga cepat tersedar...dan masih belum terlambat..

Najwa Najihah said...

hait!