Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Kecoh: Fiesta


Baca@LRT kembali lagi! 

Baca beramai-ramai dalam LRT sebagai promosi Fiesta Seronoknya Cuti @ Menara Kuala Lumpur 2012.

Maklumat adalah seperti berikut:

* Ahad, 25 Nov 2012

 

* Jam 11 pagi Stesen Kelana Jaya dan kemudian akan berpecah di KL Sentral. Kumpulan 1 ke akan sambung menaiki Monorel, dan yang lain akan meneruskan ke KLCC, Ampang Park dan Wangsa Maju.

* Berpakaian warna hitam putih atau hitam sahaja.

* Aktiviti - Membaca beramai-ramai di dalam LRT sambil mengedarkan flyers dan bookmark kempen membaca FIESTA Seronoknya Cuti@Menara Kuala Lumpur. Setiap pengguna LRT yg bertanya kepada peserta kami akan mendapat buku penerbitan PTS percuma.

Peserta yg berminat boleh menyertai acara ini dengan menaiki dari stesen lain, hanya perlu hubungi kami untuk "time arrangement".


Whatsapps, SMS atau telefon:

Mohd Izzat - 016-661 1752
Iqmal - 017-795 9535

Setiap peserta akan mendapat :-

Buku percuma PTS MEDIA GROUP.
Baucar Diskaun 10% untuk naik ke Menara Kuala Lumpur sewaktu FIESTA Seronoknya Cuti.

Rakan media and jurugambar amat digalakkan untuk menyertai kami


Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua.
-Jeda-

LRT.
Buku.
Cuti.
Masa.
*senyum* 

Tuesday, June 22, 2010

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu"

"Sinetron Sunan Gunung Jati?" bisikku sendirian tatkala menonton televisyen petang Ahad yang lalu. Persis novel-novel Ramlee Awang Murshid pula. Ku tertawa sendiri.

Sudah lama saya tidak meluangkan masa, menonton televisyen secara tekun. Sinetron pada petang itu menggamit hati, mudah-mudahan tidak menonjolkan unsur yang bertentangan dengan syariah seperti sinetron sebelum ni. Jelak menontonnya.

Ternyata tajuk kali ini tidak mengecewakan. Persis benar dengan karya Ramlee Awang Murshid, novelis thriller yang terkenal. Cuma ada beberapa adegan yang saya kira kurang sesuai.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai sinetron ini. Sesiapa yang berminat untuk menontonnya, boleh klik pautan di atas.

Saya lebih berminat dengan ini, kenal?


Ya, Ramlee Awang Murshid(RAM). Beliau merupakan novelis thriller yang terkenal.




Saya mengimpikan novel-novel ini berada di kutub khanah saya. Bila ya waktunya? Tiga daripadanya telah saya habisi. Oh Hijab Sang Pencinta, saya menanti waktu untuk membacamu.

Ternyata cerita yang digarap oleh RAM  tidak mengecewakan. Indah diadun fantasi, mistik, serta aspek Islami. Ingin tahu lebih lanjut? Anda perlu menghayatinya sendiri.

Novel-novel  ini berada dalam 'wishlist' saya. Menanti masa untuk dituai.
Oh, tidak sabar rasanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu" - Laksamana Sunan