Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Di sungai itu...

Di Kaca Jendela Di Tepi Sungai Chophraya - Baha Zain

Pertama kali ku dengar namamu
Bagaikan bergerak bibirku
Untuk bertanya apa ertinya

Pertama kali pandanganku
Jatuh di wajahmu
Bagaikan terdengar resah diriku
Untuk bertanya ribuan rahasia
Yang tenggelam di dasarmu
Atau ratusan kisah
yang mengalir ke muara

Di tepi kaca jendela
Aku memandang gerak hidup kejar mengejar
Gelombang menawan buih, di pantai terdampar
Menenggelami harapan manusia
Atau membina tebing cinta suatu bangsa
Dan entah berapa pedagang mudik ke hulu
Dan entah berapa petani menuai hampa
Dan berapa pasang ikan bercumbu-cumbuan
Bergigitan manja sebelum mati di perut kota.

Oh, sungai yang melintasi jendela
Aku hanya pendatang sementara
Yang telah jatuh cinta
Dan terlalu banyak bertanya.


( Oriental, Bangkok, Oktober 1980 - Jalan Desa Ke Kota, Pustaka Cipta 1994 )

----------------------------------------------------------------------

Pada sungai yang menyatukan tiap-tiap rasa

Meski hanya di muara kasih 
bertemu.

Lantas menyatu, dalam gelombang hidup
terbentang luas samudera
memaknakan janji. 

_____________________________

Dari Kau kami datang, kepada-Mu jualah kembali segala urusan, moga dipermudahkan...

Friday, June 7, 2013

Makan.

Makan; untuk hidup atau untuk sihat?

Makan adalah rutin seharian. Setiap hari, perlu makan. Dan yang dimakan bukan hanya makanan semata-mata. Ada angin, ada air, ada macam-macam yang boleh dimakan.

Adakah semua yang dimakan itu membahagiakan?

Ada yang memilih untuk makan yang membawa duka. Kadangkala tak sedar pun dah makan. Inilah dia, makan hati.

Hati dan adik beradiknya, sedap dimakan. Bertambah enak kalau milik ayam, digoreng kunyit, nikmat. Tapi bukan ini yang ingin saya maksudkan.

Makan hati. Menyimpan perasaan yang kurang enak sendirian. Simpan dalam diri, dalam hati untuk tempoh yang lama. Hingga ke mati barangkali.

Perasaan sebegini jika dibiarkan menetap di dalam diri, lama kelamaan akan menjadi kudis. Kurang menyenangkan dan sakit. Hari demi hari makin melarat dan menjadi beban. Akhirnya sakit lain pun menyinggah, menempel bersama-sama kudis yang tak nyata.

Apabila sudah melarat, baru tersedar. Oh, makan hati rupanya. Masa itu sudah terlambat, kudis dah melarat. Nak sembuh memang lambat. Menyesal tak sudah.

Sebenarnya apa yang ada di dalam mulut atau hati hingga berat untuk berkata-kata? Emas, permata, bunga atau perasaan berbungkal-bungkal?

Tetapkan diri saat mula makan hati. Berterus terang mengenai sesuatu perkara dan bertanya kepada yang berkenaan dengan segera. Usah simpan. Makan hati sangat tidak enak. Harus diingat, emosional tidak boleh menemani. Emosional dan tenang, tak sekufu. Pasti sahaja diri akan terus berbolak balik. Akhirnya, terus makan hati.

Aduhai insan, makan hati bukan juadah bestari. Hidup pasti penuh resah gelisah. Dunia ini perlu dijalani dengan penuh rasa nikmat dan tenang. Teguhkan hati, hadapi realiti.

Someone said, "If there is a real kind words to say is worth saying it straight."



Jumaat barakah. Tiap minit sarat waktu mustajab. Meminta hanya kepada-Nya, ketabahan dan kekuatan jiwa.


Selamat berbahagia duhai jiwa-jiwa yang penyayang.


Sunday, June 2, 2013

Dua Jun Dua Kosong Tiga Belas

Hari kedua dalam bulan terakhir penggal pertama tahun ini.

Dua Jun.

Saya terlupa bila kali terakhir saya meminta maaf.

Minta maaf sesungguh-sungguhnya.

Kepada saya, ibu bapa, dia, mereka, semua. Sesiapa sahaja.

Saya minta maaf untuk segala-galanya. Sama ada perkara tu saya sedar atau tidak sedar.

Beritahu saya ya, kalau ada salah silap. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Mungkin ada yang anggap semua ni dah lambat, terlambat.

Pada saya, selagi Allah masih beri peluang untuk bernafas di bumi ni, beribadah dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa, sentiasa ada ruang untuk apa jua keadaan. Selagi nafas masih bersisa.

Moga berbahagia duhai jiwa yang beriman...



Cuti masih berbaki 2 minggu.


Saturday, June 1, 2013

Kata Atok...

Musim cuti dan walimah, sinonim. Walaupun sekadar cuti hujung minggu, pasti ada jemputan walimah sekiranya tarikh bersesuaian. Sudah sampai waktunya, perlu disegera-segerakan. Perkara baik kata orang.

Dan malam hujung minggu terasa lama dan lambat jika mampu membebaskan diri dari segala macam tayangan-tayangan bergerak yang ada. Sesekali, ambil masa melihat ke dada langit, mendengar suara malam dan merasa dingin angin yang lalu. Seolah-olah bercerita kesemuanya. Dan masa perlahan-lahan berlalu.

Baiklah, panorama alam. Panorama manusia, bagaimana?

Sedang asyik menikmati angin malam, Atok bersuara, "Orang biasa tahu membazir. Orang kaya tak tahu membazir."

Terkulat-kulat seketika.

"Makan bila nak makan. Minum bila nak minum. Kalau makan dan minum berkali-kali, cari penyakit namanya. Bukan jadi sihat."

"Kenapa tok?"

 "Cuba tengok majlis tadi. Atas meja bulat tu ada dulang yang boleh pusing-pusing. Pinggan sekeliling penuh dengan makanan yang tak habis. Kan membazir tu. Lebih baik guna hidangan macam biasa."

"Jemputan dia ramai yang special, sebab tu guna dulang pusing-pusing."

"Dia rasa duit yang ada tu lebih baik guna untuk perkara macam tu. Kan nampak hebat. Seronok. Orang akan cakap-cakap tentang majlis dia hari tu. Kepuasan untuk dia. Dia rasa tak ada sebab untuk membazir. Macam orang yang ada lori. Abu, ada 2 buah lori. Lori ni digunakan bergilir-gilir untuk kepuasan.Ahmad pun ada 2 buah lori. 1 lori untuk kegunaan dalam kawasan kebun dan 1 lori untuk kegunaan bandar. Ahmad dan Abu gunakan lori secara adil atau tak?

"Adil."

"Adil untuk Ahmad tapi bukan Abu. Abu tu seronok-seronok je. Tapi Ahmad, gunakan kemampuan yang dia ada tu elok-elok. Dia tahu bukan senang nak cari duit jadi nikmat yang dia dapat, dia gunakan sebaiknya. Sekarang, dah faham?"

"Oo. Patutlah, orang biasa tahu membazir, orang kaya tak tahu membazir."

"Jadi, rancang elok-elok. Elakkan membazir. Orang tak suka. Tuhan pun tak suka."

Pesan orang lama, ada benarnya. Kadangkala orang muda ni terlepas pandang. Jadi perlu rancang sesuatu dengan sebaiknya. Manfaat pasti untuk semua.

Ada orang selalu ingatkan tentang perkara ni. Moga sejahtera jiwanya...


Friday, May 24, 2013

Angin Jumaat.

Pagi ini, tiada alunan Budaya Al-Quran. Hanya sepoi-sepoi angin dingin menderu-deru. Seperti biasa, Jumaat sentiasa menyamankan. Tenang.

Cuti bermula. Cuti sekolah, cuti semester, dan hari ini cuti Wesak.

Cuti; berehat-rehat, bersiar-siar, bersama keluarga, bersama teman-teman, bercucuk tanam. Ada juga yang bekerja.

Sehari-hari, tiada istilah cuti sebenarnya. Duduk di rumah pun ada kerja yang perlu dilakukan walaupun sekadar menyapu sampah. Oh, lainlah untuk mereka yang punya pembantu di rumah, boleh bersenang-senang mengeluarkan arahan mengikut rasa. Oh kasihan mereka.

Semasa di sekolah dahulu, cuti memang menyeronokkan tapi... ada sahaja bekal yang perlu dibawa. Kata cikgu, "buat ingatan semasa cuti."

Kini, cuti semester, apa pula bekalannya?

Ada yang menganggap, "tak perlu bekal, cukup-cukuplah duduk di sini. Cuti, lupakan apa-apa yang berkaitan. Bebas." Ada juga yang rasa cuti bukan satu faktor untuk melupakan apa-apa yang berkaitan di sini.

Dan kita hanya ada 2 pilihan, sama ada hendak ingat atau lupa.

"Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain."

Rasa jauh, lupa, terabai, semua ini adalah faktor sampingan. Jika diri yakin akan isi hati dan pemikiran, pasti sentiasa segar, rapat dan ingat dalam ingatan walau tidak berhadapan.

Dan 1 perkara yang sentiasa mendekatkan, DOA.


Bekalan sedia ada, moga-moga mampu menampung rasa.



Selamat bercuti. Penuhi dengan perkara-perkara bermanfaat. Hasilnya untuk diri sendiri. Tempiasnya dinikmati bersama-sama.



Wednesday, May 22, 2013

Tiada lagi bisu.

Hiduplah hari ini. Esok hanyalah harapan. -Pyanhabib

Bermakna. Maksudnya, gunakan hari ini sebaik-baiknya sebab esok masih belum pasti. Umur panjang, dapat jumpa esok. Kalau sebaliknya, dapat jumpa tanah abadi. Sesuai dengan kata-kata Saidina Ali, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

Semua ini berkaitan dengan masa juga perancangan. Masa dan perancangan, saling berkaitan. Masa atau perancangan yang datang dulu?

Ada orang kata, biar masa yang menentukan. Ada orang kata, kita rancang, usaha dan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. Jadi, masa atau perancangan dulu?

Senang kata, masa dan perancangan, beriringan. Sama-sama jalan, sama-sama duduk, sama-sama berhenti. Ops, masa tak pernah berhenti ye. Walau apa pun yang berlaku, rancanglah, walau untuk sekecil-kecil perkara. Kadangkala kita tak perasan sebenarnya sekecil-kecil perkara itu yang membawa kepada sebesar-besar perkara. Saat tersedar, mungkin terlewat.

Ada baiknya, masa bosan atau buntu nak baca apa lagi untuk exam, atau tak tahu nak buat apa untuk isi masa lapang, gunakan masa yang ada tu untuk duduk, diam, fikir. Mungkin ada yang lihat seolah-olah kita termenung. Dia tau ke apa yang ada dalam fikiran kita? Sebenarnya ada beza gaya orang berfikir dan termenung. Fikir pun ada jenisnya. Kalau menerawang tak menentu, silap hari bulan tak balik dan terus ke awan. Banyak beza antara angan dan fikir.

Ambil masa sekejap, dalam 10 minit, masuk terowong masa, pergi masa lampau.

"Apa yang aku dah buat selama ni?"

 Mungkin boleh pergi hari semalam, seminggu yang lalu, sebulan yang lalu, atau 5 tahun yang lalu. Bergantung kepada keadaan atau perkara yang difikir. Lihat setiap perkara yang telah kita buat, kesannya terhadap diri sendiri dan persekitaran. Apa terjadi kepada setiap orang di sekeliling kita, orang tersayang. Ala-ala tengok filem, tapi filem sendiri. Kemudian balik semula. Masuk semula terowong masa, cuba pergi masa hadapan. Sebagai manusia, kita mampu untuk membayangkan perjalanan masa hadapan. Kebiasaannya sesuatu perkara itu, berlaku berulang-ulang. Lagi dan lagi. Beza antara setiap sesuatu situasi itu kebiasaannya; watak (mungkin ada yang sama), masa, tempat dan paling penting, cara kita menghadapinya.

Ada orang, lalui perkara yang sama, dan menghadapinya dengan cara yang sama, hasilnya? Juga sama. Tak ada penambahbaikan. Seandainya hasil itu buruk, sampai bila orang tu nak terus menerus berada dalam kerugian? Hingga akhir hayat masih tak sedar, alangkah malangnya. Rugi, sangat rugi.

Allah jadikan manusia tu di bumi ini, yang tetap. Masa yang diberi pun sama, 24/7. Semua sama, berulang dan berulang. Hanya cara menghadapi sesuatu keadaan itu yang membawa perbezaan.

Jadilah orang yang menghadapi perkara yang sama namun sentiasa berusaha untuk hadapi dengan cara berbeza. Pastikan setiap usaha tu membawa hasil yang bermanfaat. Usaha dan usaha untuk terus mendapat hasil yang terbaik. Keuntungannya untuk diri sendiri juga. Dan keuntungan itu pasti dapat dinikmati oleh orang disekeliling kita. Bukankah itu lebih baik dan membahagiakan?


Masih berbaki 2 kertas peperiksaan untuk dijawab. Selamat maju jaya. Ilmu itu, sebaiknya diamalkan. Bukan sekadar gah menjawab diatas kertas.

Sunday, May 12, 2013

Sun [day] s

Roti canai enak dimakan
Kuah dal mahupun kari
Nasi lemak dipesan teman
Syukur nikmat tiada terperi.

Roti canai, nasi lemak, so Malaysian. Hidangan ini lebih lengkap dengan sajian teh tarik 'kaw'.

Berselera? Selamat mencuba.

>terimakasih<

-Jeda-

Jika pintu tidak dibuka, masakan dapat masuk ke rumah.
Jika tiada memberi ruang, masakan dapat mengisi barang.
Jika enggan merebut peluang, duduklah terlopong angan tak sudah.
 

Saturday, May 11, 2013

1434?

1434, bukan sekadar angka.

1434 H. 1434 Hijri.

Mungkin ada yang kurang menyedari tentang kewujudan tahun Hijri melainkan semasa sambutan Awal Muharam.

Saya pula sering tersasar dan menyangka sekarang masih 1433 H..! Oh tidak....

Ada yang bertanya, "Kenapa 1433?"
Dengan penuh yakin, "Inilah tahun Hijrah."

Padahal 1433 adalah tahun lepas. -Ohkukumalu-


Hari ini, 1 Rejab 1434 Hijri.


Ramadan kian hampir.



Friday, May 10, 2013

Toleransi

"moga masa dan manusia memberi ruang dan peluang."

Ini adalah toleransi.

Toleransi hanya melibatkan sesama manusia? Silap besar.

Di dunia, manusia bukan penghuni mutlak. Ada haiwan, ada tumbuhan, ada jin, ada pelbagai benda hatta masa turut diambil kira.

Hidup ini boleh diibaratkan seperti eksperimen di makmal sains. Lebih tepat, lab report. Ada pemboleh ubah malar, pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Perkara utama perlu tahu sebelum mula eksperimen.

Sekarang:

Dunia adalah tempat eksperimen.
Manusia, pemboleh ubah manipulasi.
Pemboleh ubah malar? Tumbuhan, batu, kayu, sungai hatta masa.
Pemboleh ubah bergerak balas? Bergantung kepada keadaan.

Hasil? Bergantung kepada jalan hidup masing-masing.

Satu perkara perlu diingat: Masa tidak pernah bermain dengan manusia.

Tapi, manusia sering bermain dengan masa. Mempermainkan masa. Pandang enteng akan masa.

Akhirnya, ada yang rugi. Namun beruntung kepada mereka yang mengambil pengajaran.


ii.




Thursday, May 9, 2013

men-tho-lathum

'Life is easy'


Ada orang anggap ayat ni seolah-olah memperlekehkan hidup dan segala isinya.
Ada orang rasa ayat ni untuk memudahkan semua perkara hingga ada yang ambil mudah.
Ada orang baca ayat ni dengan penuh makna.


Pemikiran manusia berbeza.


Aspek yang lebih mudah, analogi lain:

Setiap orang ada telinga; kiri dan kanan. Ada tangan; kiri dan kanan.


Ada orang memilih untuk pegang telinga yang mudah dicapai tangan, tangan kanan memegang telinga kanan, tangan kiri memegang telinga kiri.
Ada orang menyilang tangan di hadapan untuk memegang telinga yang bertentangan.
Ada juga orang yang melalui belakang kepala semata-mata untuk memegang telinga yang bertentangan.


Semua ini adalah pilihan. Sejauhmana seseorang itu melihat dan mentafsir sesuatu keadaan mengikut kesesuaian. Dan pilihan itu sedikit sebanyak mencorak kehidupan seorang insan.


Hakikatnya, hidup memang mudah jika kita tahu bagaimana hendak menguruskannya; mengikut aturan rasional.


ii.

Tuan budiman, terima kasih.


Thursday, May 2, 2013

Khamis, bukan Rabu


Open your eyes!



ii.

Allahumma amiiin.... Amin Ya Rabb!

Wednesday, April 17, 2013

beringat

Kejahilan dan kedegilan diri sendiri pada masa lalu
sewajarnya menimbulkan kesabaran
menghadapi kedegilan dan kejahilan orang lain masa kini. 
[Pahrol Juoi]
Diri sendiri, teras utama sesuatu perkara.
Betul diri, mudah untuk menguruskan persekitaran.
Beringat selalu. 

Sunday, April 14, 2013

[h]

“In the end, we will remember not the words of our enemies,
but the silence of our friends.”
--Martin Luther King Jr.

Wednesday, April 3, 2013

'TER....'

Mudah diungkap, sukar diakui.

Nyata cukup rapuh.



Sorry seems to be the hardest word....


Monday, March 25, 2013

Whenever... whenever...


Look at the waves...
whenever it falls, it raises again.
 
Similar to our lives,
whenever we fall, we can raise again.



No doubt.
Allah is always there, here.

Sunday, March 24, 2013

Terima kasih atas ingatan, harapan dan doa.

Allah berkati dan rahmati hidupmu.


ii.

Perjalanan masih jauh untuk ditempuh.

Perhentian senantiasa dekat menghampiri.

Monday, March 18, 2013

Erti

Malam-malam bersama erti.
Mimpi setia menemani.
Diri lena diulit sunyi.
***
Dia tahu bahawa dia tidak tahu
lalu dia mencari kebenarannya dengan rasa rendah hati. 
-Socrates.

Sunday, March 17, 2013

Re [f] lect


'or buy a better mirror
stare a little longer now
one thousand reasons to smile 
i tell you why'
-Outlandish

[Hanis Zikri]

ii.

They call as, mirror.

Reflect.

[or...]

Refract.

Tuesday, March 12, 2013

The Blues

Biru.
Tenang, damai.
Dingin, derita.

Seimbang.

***

Bijak-bijak menimbang tara, silap timbang merana.

Berdikit-dikit pelajari, kelak memahami.

***

Jika diri sendiri kurang mengerti, usah diharap pengertian pihak lain.

Monday, March 11, 2013

Jumpa.

Senangnya dalam hati, berjumpa buah hati. 
Yang dijaga, tiap masa, oh penyejuk mata...

***

Jumpa...!

Orkid ni wangi.

Harum, damai.


Terkejut, gembira. Harum yang menenangkan. 

Orkid wangi yang dekat dah jumpa. Harap-harap dapat jumpa orkid wangi yang jauh pula.

Rumah baru.
Ini pula tersesat di balik rimbun yang tak terurus. Terus dipindahkan. Biar rapat-rapat dengan jiran yang sihat.

Jiran sihat.

Kata ibu, orkid ni bahagia.


Ya, bahagia dan membahagiakan!

-Jeda-

Sudah sekian lama mereka berhempas pulas mencari makanan sendiri. Kadangkala terpaksa mengikat perut kerana tak terdaya untuk bersaing. Sudah berumur.

Petang itu, mereka kenyang. Gembira dan menanti rahmat tiba.

Menjelang senja, mereka bersuka ria. Hujan.

Maka dapatlah mereka menghadam makanan dengan sebaiknya. Syukur.