Wednesday, May 16, 2012

Belaian II

Pembangunan Jiwa Anak

Saya telah menjelaskannya di dalam artikel Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Pengajaran yang jarang diambil berat oleh ibu bapa adalah soal pembangunan jiwa anak-anak.

Nabi Muhammad SAW meminta kita untuk mendidik anak-anak kita agar mendirikan solat seusia 7 tahun dan rotan jika tidak mendirikan solat semasa umur 10 tahun ke atas. Persoalan yang tidak pernah kita teliti adalah mengapa sukarnya meminta anak-anak kita mendirikan solat?

Kita tidak pernah muhasabah diri kita, apakah kita telah membangunkan jiwa anak-anak kita sejak mereka kecil? Apakah pernah kita mendidik anak-anak kita agar pergantungan mereka mesti kepada Allah SWT 100%. Pernahkan kita menguatkan jiwa mereka agar cintakan Allah SWT dan Rasul SAW?

Allah SWT mewajibkan solat ketika berlakukan Isra’ dan Mikraj. Peristiwa besar ini berlaku di sekitar tahun ke 10 selepas Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. 10 tahun ini adalah masa yang diperlukan untuk membangunkan jiwa umat islam ketika itu untuk benar-benar memiliki jiwa yang mantap.

Kerana itu 10 tahun adalah masa yang cukup jika kita benar-benar mendidik jiwa anak-anak kita untuk memiliki kesedaran yang tertinggi. Maka apabila di ketika mereka memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, apakah sukar untuk mereka mendirikan solat?

Apakah sukar untuk mereka mendengar kata-kata ibu bapa mereka? Apakah mereka akan menjadi anak-anak yang malas?

Pasti tidak kerana jiwa mereka kuat. Jiwa yang kuat, tenang, mantap, semangat, positif dan sebagainya akan mempengaruhi fikiran untuk menjadi tenang, positif dan sebagainya.

Persoalannya, apakah dan adakah kita membangunkan jiwa anak-anak ini dalam tempoh 10 tahun itu?


Cukup ke kalau adik belajar dari buku je?

.......................................................................................................................................

Memahami dan cuba menghayati peranan sebagai ibu bapa merupakan satu ilmu tambahan yang wajar diketahui. Ilmu ini tidak semestinya untuk mereka yang bergelar ibu bapa sahaja. Malahan ada dalam kalangan anak muda yang menjadi ibu bapa kepada adik beradik mereka lantaran beberapa faktor.

Sejauh mana anak muda meneroka ilmu yang ada?

No comments: